fbpx
Now Reading
Dikecam Kerana Guna Bendera Arab Saudi Yang Tertera Kalimah Syahadah Pada Skirt Mini, Mowalola Mohon Maaf

Dikecam Kerana Guna Bendera Arab Saudi Yang Tertera Kalimah Syahadah Pada Skirt Mini, Mowalola Mohon Maaf

Sebelum ini, rekaan skirt mini itu telah mendapat kecaman orang ramai kerana di dalam bendera Arab Saudi itu tertera kalimah syahadah di atasnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama Fesyen pakaian iaitu Mowalola telah tampil memohon maaf dan memaklumkan mereka akan menarik semula skirt pendek yang dipakai oleh model ketika berlangsungnya SS24 Runway Show di London Fashion Week.

Perkara itu dilakukan jenama berkenaan selepas ia mendapat kecaman ramai di media sosial dan menyifatkan mereka tidak menghormati agama Islam kerana terdapat ayat yang menjadi sebahagian daripada bendera Arab Saudi.

Tertera kalimah syahadah pada skirt mini

Ini kerana, pada skirt pendek tersebut tertera kalimah syahadah yang membawa maksud ‘Tiada tuhan selain Allah SWT, dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah’ di atasnya di dalam bahasa Arab.

Selain daripada skirt yang mempunyai bendera Arab Saudi, model-model lain turut memperagakan skirt yang mempamerkan beberapa negara lain. Walau bagaimanapun ramai yang menyifatkan bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan memandangkan ia mempunyai ayat suci.

“Ini sangat tidak menghormati. Mengetahui bahawa bendera Arab Saudi mempunyai nama Allah di atasnya dan mereka menggunakannya sebagai skirt mini yang provokasi selain menunjukkan betapa tidak malunya industri fesyen mengenai isu agama,” kata seorang pengguna di media sosial, lapor Middle East Eye.

“Saya harap pereka menyedarinya”

“Yang terbaik boleh dilakukan adalah keluarkan daripada koleksi dan mohon maaf kerana ia tidak baik”

Ramai persoal niat skirt itu direka dan minta dikeluarkan dari koleksi

Malah rata-rata turut mempersoal mengenai niat skirt itu direka selain meminta jenama terbabit mengeluarkannya dari koleksi.

Namun pereka fesyen itu cuba untuk mempertahankan pilihannya tetapi masih menerima kecaman yang berterusan.

Sedar kesalahan, pereka fesyen tampil mohon maaf

Mowalola atau nama penuhnya Mowalola Ogunlesi membuat permohonan maaf itu menerusi satu ciapan di Twitter.

“Salah satu kunci inspirasi untuk SS24 adalah menggunakan bendera daripada pelbagai negara. Selepas pertunjukan, saya tersedar terdapat salah satu bendera – Arab Saudi – memaparkan ayat suci dan penggunaannya telah menjadi satu kesalahan besar. Oleh itu, saya telah dididik mengenai perkara ini dan sejujurnya memohon maaf untuk perkara ini.

“Saya akan pastikan ia dikeluarkan daripada koleksi. Saya sangat kesal kerana mungkin atas perkara ini ada yang tersakiti. Terima kasih kerana meminta saya bertanggungjawab, dan saya menghargai bagi yang memahaminya kerana saya belajar dari pengalaman ini,” ciap Mowalola.

Pereka fesyen terkenal adalah anak kelahiran Nigeria yang berpangkalan di London.

Dia yang juga penyanyi terkenal menggunakan pelbagai tekstur dan bahan dalam menghasilkan rekaannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.