fbpx
Now Reading
Isu Netizen Persoal Anak Dr. Zulkifli Dapat Biasiswa Belajar Luar Negara, Ini Penjelasan MAIWP

Isu Netizen Persoal Anak Dr. Zulkifli Dapat Biasiswa Belajar Luar Negara, Ini Penjelasan MAIWP

Abdul Syakur layak menjadi salah seorang pelajar yang menerima biasisiwa terbabut berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen mempersoal anak kepada Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, iaitu Abdul Syakur Zulkifli yang mendapat biasiswa pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Difahamkan, Abdul Syakur yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Dr. Zulfkili di dalam akaun Twitter miliknya itu telah mendapat perhatian netizen apabila segelintir dari mereka tampil mempersoalkan kelayakan anaknya untuk menerima biasiswa dari MAIWP.

Ini kerana, ramai berpendapat bahawa Dr. Zulkifli merupakan seorang yang mampu untuk menanggung kos pelajaran anaknya ke luar negara selain masih ramai pelajar yang dikatakan tidak berkemampuan dan layak menerima biasiswa terbabit.

MAIWP tampil jelaskan isu biasiswa kepada anak Dr. Zulkifli

Terbaharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu tersebut.

Dalam kenyataan itu, pihak MAIWP menjelaskan biasiswa yang diterima oleh Abdul Syakur iaitu Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan dalam bidang pengajian Fiqh Wa Usuluh.

Abdul Syakur layak menjadi salah seorang pelajar yang menerima biasisiwa terbabut berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP pada 11 September lalu.

30 skim dasar agihan bantuan boleh dibantu melalui Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah

Jelas pihak MAIWP, dasar agihan sistem bantuan tersebut melibatkan 30 skim dasar agihan bantuan dan termasuk Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang yang boleh dibantu melalui Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.

“Untuk makluman pada asasnya, Asnaf Fisabillah adalah tidak tertakluk kepada pengiraan had kifayah. Justeru penentuan kelayakan bagi skim bantuan ini adalah berdasarkan lebihan had kifayah yang akan dipertimbangkan melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa Baitulmal MAIWP,” katanya.

Abdul Syakir dikategorikan sebagai asnaf Fisabilillah

Menurutnya lagi, Abdul Syakur juga layak mendapat biasiswa tersebut kerana hasil semakan mendapati pelajar berkenaan dikategorikan sebagai asnaf Fisabilillah dengan lebihan had kifayah.

Tidak hanya itu, bapanya juga hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.

“Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Dr. Zulkifli tidak layak menerima pencen menteri kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.