fbpx
Now Reading
7 Tahun Sabar Menanti! Lelaki Sebak Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata [Video]

7 Tahun Sabar Menanti! Lelaki Sebak Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan bapa kepada bayi itu langsung melakukan sujud syukur sebaik mengucup anak yang baru dilahirkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan pasangan berkahwin pastinya mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata.

Walau bagaimanapun, tidak semua diberikan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata di awal usia perkahwinan.

Malah ramai pasangan di luar sana yang kini sedang berjuang dengan melakukan pelbagai inisiatif tradisional mahupun moden agar impian memiliki anak tercapai.

Senang cerita mereka ini adalah pejuang garis dua (TTC).

Apabila sudah dikurniakan cahaya mata pastinya perkara itu membuatkan mereka tak sabar untuk menanti si comel selain bersyukur kepada tuhan atas rezeki tersebut.

Bapa menangis sebaik melihat bayi dinantikan lahir ke dunia

Perkara ini samalah seperti yang dirasai oleh seorang lelaki yang gagal menahan sebak sebaik melihat bayinya dilahirkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @s.aslamiyah_18 di TikTok, awalnya kelihatan seorang pengamal perubatan telah keluar dengan mengendong seorang bayi ditangannya.

Dia kemudian menuju ke arah pintu untuk menunjukkan bayi berkenaan kepada lelaki berkenaan yang sedang menunggu diluar pintu bilik pembedahan.

Kucup pipi dan sujud syukur dikurniakan anak selepas tujuh tahun menunggu

Sebaik sahaja dia menunjukkan bayi itu, si bapa yang dipercayai dari Indonesia ini lantas mengucup pipinya dan melakukan sujud syukur.

Kelihatan dia yang gagal menahan sebak dilihat menangis sambil menatap anak yang sudah tujuh tahun dinantikan itu.

Pengamal perubatan itu turut dilihat cuba untuk menenangkan keadaan dengan mengusap bahagian belakang bapa bayi berkenaan.

“Penantian selama tujuh tahun. Ini semua bukan kebetulan sebaliknya perancangan tuhan.

“Semangat pejuang garis dua,” tulis S.aslamiyah di kapsyen.

@s.aslamiyah_18

Penantiann selama 7 Tahunn 💞 Ini semua bukan kebetulan tapi karna tuhan punya rencana 🥺🤍 semngt pejuang garis dua..💐#fypシ゚viral #bidancantik #sad #baby #buahhati

♬ Buah Hati – Armada

Ramai pejuang garis dua luahkan mahu miliki cahaya mata

Melihat di ruangan komen, ramai pejuang garis dua yang turut meluahkan mereka telah lama menanti cahaya mata dan teringin memiliki anak.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman dikurniakan anak selepas lama menanti.

Ada juga yang turut mendoakan agar dikurniakan cahaya mata bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkannya.

“Boleh bayangkan tak saya 15 tahun kahwin, sekarang mengandung lima bulan. Semua aturan Allah”

“Saya dah 10 tahun menanti zuriat sendiri, doakan saya ya”

“Saya dah 8 tahun.. masih menanti, doakan saya dan encik suami”

“Semoga adikku mendapatkan zuriat, dh masuk 17 tahun. Semoga Allah mendengar doaku untuk adikku”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.