fbpx
Now Reading
Nak Tahu Muat Atau Tak, Tangan Lelaki Singapura Tersangkut Dalam ‘Cup Holder’

Nak Tahu Muat Atau Tak, Tangan Lelaki Singapura Tersangkut Dalam ‘Cup Holder’

Awalnya lelaki yang dikenali sebagai Araham itu meletakkan tangannya ke dalam ‘cup holder’ berkenaan kerana ingin mengetahui sama ada ia muat atau tidak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap di antara kita mempunyai rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara.

Adakalanya perasaan ingin tahu yang berlebihan membuatkan seseorang cuba untuk mencari jawapan seperti membuat kajian, atau mencubanya secara fizikal.

Tangan pemuda tersangkut di tempat pemegang cawan ketika berada dalam pesawat

Perkara sama ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pemuda dari Singapura ini apabila tangannya tersangkut dalam tempat pemegang cawan (cup holder) di dalam sebuah pesawat Singapore Airline pada 30 September lalu.

Dia yang dikenali sebagai Abraham itu dalam perjalanan ke Saigon, Vietnam untuk bercuti bersama rakan.

Miliki perasaan ingin tahu sebelum kejadian tangan tersangkut

Lelaki yang berusia 29 tahun itu bertindak melakukan perkara tersebut selepas sejam berada di dalam pesawat dan mempunyai perasaan ingin tahu bagaimanakah jika dia memasukkan tangan ke dalam alat pemegang cawan berkenaan.

Namun sebaik sahaja tangan dimasukkan ke dalam bekas itu dia kemudian menyedari tangannya tidak dapat dikeluarkan.

Dan seperti biasa, kejadian ‘aneh’ itu terus dirakam oleh rakannya yang berada di tempat duduk sebelah.

“Pada awalnya, saya membiarkan perkara yang mengganggu pemikiran saya menanglah dan sebab itu saya meletakkan tangan saya ke dalam pemegang cawan itu untuk melihat sama ada ia muat atau tidak,” ujarnya kepada Mothership.

Minta mentega kepada pramugari untuk keluarkan tangan

Video berkenaan kemudian dikongsikan di media sosial sehingga mendapat lebih daripada 430,000 menerusi. di TikTok.

Pramugari itu kemudian cuba untuk membantu Abraham namun tangannya masih tidak dapat dikeluarkan.

“Saya hanya perlukan mentega (sebagai alat pelincir),” kata Abraham, pramugari itu lalu menyatakan mereka tidak mempunyai mentega.

Untuk rekod, tangan individu berkenaan telah tersangkut selama 10 minit sebelum berjaya dikeluarkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.