fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Emas Jadi Rider Hantar Makanan Sambil Ditemani Isteri Undang Hiba [Video]

Lelaki Warga Emas Jadi Rider Hantar Makanan Sambil Ditemani Isteri Undang Hiba [Video]

Kelihatan isteri warga emas itu mengendong beg penghantaran makanan. Kedua-dua mereka kelihatan tenang dan sabar menanti kehadiran pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, dapat dilihat kerjaya sebagai penghantar makanan atau rider sering menjadi pilihan terutama golongan muda dalam menjana pendapatan.

Ada di antara mereka yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama namun ada juga menjadikannya sebagai pekerjaan separuh masa.

Tidak hanya menjadi pilihan golongan muda, segelintir warga emas turut menjadikan pekerjaan ini sebagai satu kerjaya terutama bagi sesetengah mereka yang telah bersara dari pekerjaan utama.

Lazimnya, kita hanya melihat pekerjaan ini dilakukan oleh seorang individu. Namun, berbeza dengan seorang warga emas ini yang dilihat ditemani oleh isterinya ketika bekerja.

Isteri Teman Suami Hantar Makanan

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ayiebenzo, kelihatan lelaki warga emas sedang melaksanakan tugasnya sebagai penghantar makanan.

Dia dilihat memegang satu bungkusan makanan dan dipercayai sedang menunggu pelanggannya bagi mengambil makanan yang telah dipesan.

Apa yang menarik perhatian adalah dia ditemani oleh isterinya yang duduk di bahagian belakang motosikal tersebut.

Kelihatan isteri warga emas itu mengendong beg penghantaran makanan. Kedua-dua mereka kelihatan tenang dan sabar menanti kehadiran pelanggan.

“Ya Allah, sedihnya tengok, moga pak cik dan mak cik ini dimurahkan rezeki,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Berdasarkan respon yang diterima daripada warganet, ada di antara mereka yang mendakwa sering berjumpa pasangan bahagia itu.

Malah, ada di kalangan mereka yang mendakwa bahawa suami isteri itu sering dilihat bersama-sama ke mana sahaja mereka pergi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dan sedih melihat pasangan berkenaan yang gigih mencari rezeki walaupun usia telah lanjut.

Ada juga segelintir yang mendoakan pasangan tersebut dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Namun ada juga yang sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak membuat penghantar makanan menunggu terlalu lama.

@ayiebenzo

Ya Allah sedihnya tengok…miga pakcik dengan makcik ni dimurahkan rezeki #ayiebenzo #ayiebenzo #fypシ゚viral

♬ Lewat semesta YOGIE NANDES – Yogie Nandes

Pak Cik & Mak Cik Ini Tinggal Satu Blok Dengan Saya, Memang Diorang Ke Mana Sahaja Mesti Bersama

Beg Grab Tu Walaupun Kosong Berat Tau

Kita Ni Kan, Kalau Order Grab Ke Apa Patut Turun Awal La Ke Bawah

Ya Allah Mewahkan Rezeki Dua Orang Tua Ini Ya Allah

Umur Macam Pak Cik Ini Selalunya Perlu Rehat Je

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan & Dimurahkan Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jalan 2 KM Ke Tempat Kerja Dengan Gaji RM45 Sehari [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.