fbpx
Now Reading
Mira Hampir Nangis Kena Marah View Chin Masa ‘Live’, Netizen Dakwa Hanya Marketing [Video]

Mira Hampir Nangis Kena Marah View Chin Masa ‘Live’, Netizen Dakwa Hanya Marketing [Video]

Mira juga kedengaran memanggil View Chin sebagai ‘buaya’ sehingga pempengaruh itu diejek oleh netizen di ruangan komen dengan panggilan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan kontroversi pempengaruh media sosial, View Chin dan Amira Aqilah atau Mira yang didakwa mempunyai hubungan sulit.

Kisah mereka mula tular susulan pendedahan yang dilakukan oleh isteri View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi yang mendakwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Curang, View Chin Tampil Mohon Maaf & Minta Orang Ramai Beri Masa

Pun begitu, kisah kontroversi di antara View Chin dan Mira ini tidak terlalu lama apabila ia kembali senyap dan tidak lagi mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, kebelakangan ini ia kembali menjadi bualan netizen apabila View Chin dan Mira dilihat tampil melakukan siaran langsung jualan barang dalam talian di TikTok bersama-sama.

Tular Mira hampir nangis dimarahi View Chin ketika ‘live’

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan raut wajah Mira seakan ingin menangis selepas dimarahi View Chin semasa sesi ‘live’ sedang berlangsung.

Menerusi hantaran klip rakaman ‘live’ berkenaan yang dimuat naik di akaun TikTok @artis.msia, View Chin kelihatan tidak ceria seperti sebelum ini.

Dalam rakaman klip tersebut, turut kedengaran View Chin juga memarahi Mira berkenaan promosi jualan mereka tersebut yang masih belum berakhir.

Mira panggil View Chin ‘buaya’

Tidak hanya itu, Mira juga kedengaran memanggil View Chin sebagai ‘buaya’ sehingga pempengaruh itu diejek oleh netizen di ruangan komen dengan panggilan tersebut.

“Sebelum ‘buaya’ (View Chin) marah baik korang grab,” kata Mira.

Memindai di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapatan bahawa kemarahan View Chin itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan ‘marketing’ perniagaannya.

Netizen berpendapat, Mira merupakan seorang promoter yang hebat, justeru agak mustahil untuk dia melakukan banyak kesilapan semasa ‘live’.

“Pandai View Chin berlakon”

“Marketing terbaik”

“Marketing ni, tak akan setiap kali live salah letak harga, salah itu salah ini”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Tangga Hebat, Selalu Saya Date Dengan Mira” – Kenyataan ‘Selamba’ View Chin Raih Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.