fbpx
Now Reading
MYAirline Perlu Bayar Semula Tiket Pengguna, Kata MAVCOM

MYAirline Perlu Bayar Semula Tiket Pengguna, Kata MAVCOM

Difahamkan Mavcom juga sedang menyiasat MyAirline berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima mengenai pembayaran berkanun yang belum dibayar kepada pekerjanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) sebentar tadi membuat pengumuman mengejutkan untuk menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober.

Menurut MYAirline penggantungan itu akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MYAirline dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat penerbangan itu.

Namun pengumuman mengejutkan itu menyebabkan beberapa pelanggan berang dan kecewa sehingga ada yang meluahkannya di media sosial.

Lebih-lebih lagi ada yang sudah berada di lapangan terbang beberapa jam sebelum pengumuman itu diuar-uarkan.

Baca artikel berkaitan: “Tunggu Dari 4 Pagi” – MYAirline Gantung Operasi Penerbangan Secara Mengejut Buat Penumpang Berang

MYAirline masih bertanggungjawab bayar balik duit tiket

Terbaharu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengarahkan syarikat tambang murah, MYAirline segera menguruskan pengguna yang terjejas ekoran dari pengagantungan operasinya itu.

Menurut MAVCOM dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu masih perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket meskipun mereka kini sudah menggantung operasi penerbangannya.

Suruhanjaya berkenaan turut meminta mana-mana pengguna yang sudah membuat tempahan bagi penerbangan dari 12 Oktober dan ke atas supaya menghubungi saluran aduan khusus syarikat penerbangan bagi sebarang pertanyaan serta bantuan berkenaan dengan tempahan mereka.

Tambah MAVCOM lagi, talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas adalah menerusi menerusi talian pengguna MAVCOM :1800-18-6966 (Dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (Luar Malaysia).

Selain itu mereka juga boleh dihubungi menerusi e-mel customercare@myairline.my dan borang web aduan FlySmart boleh didapati di https://flysmart.my/make-a-complaint/.

MAVCOM arah MYAirline henti penjualan dan tempahan serta-merta, siasat aduan belum bayar gaji

MAVCOM dalam masa sama turut mengarahkan MYAirline untuk menghentikan serta-merta segala penjualan dan tempahan penerbangan dari semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya.

Difahamkan Mavcom juga sedang menyiasat MyAirline berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima mengenai pembayaran berkanun yang belum dibayar kepada pekerjanya.

“Mavcom akan menyediakan perkembangan lanjut berkenaan dengan operasi MYAirline dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.