fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Ditikam 26 Kali Di Amerika Syarikat Hanya Kerana Beragama Islam

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Ditikam 26 Kali Di Amerika Syarikat Hanya Kerana Beragama Islam

Konflik berpanjangan di Timur Tengah menjadi punca suspek menyerang dua beranak beragama Islam itu kerana berfikir dirinya dalam bahaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat yang berumur 6 tahun disahkan maut selepas ditikam sebanyak 26 kali pada Sabtu lalu (14 Oktober) hanya kerana dia dan keluarganya beragama Islam.

Menurut laporan CNN, kanak-kanak yang dikenali sebagai Wadea Al Fayoume itu ditikam oleh seorang lelaki warga emas yang juga pemilik rumah tempat dia dan keluarganya menyewa di Plainfield Township, Illinois.

Selain Wadea, ibunya iaitu Hanaan Shahin berusia 32 tahun turut menjadi mangsa serangan yang sama namun terselamat dan sedang dirawat di hospital, kata Pejabat Sheriff Daerah Will Country.

Ibu Wadea tidak dapat hadir ke majlis pengebumian anaknya kerana sedang kiritikal dan dirawat

Pengarah Eksekutif Pejabat Hubungan Amerika-Islam Chicago (CAIR), Ahmed Rehab berkata, kecederaan serius Shahin menyebabkan dia tidak dapat menghadiri majlis pengebumian anaknya.

“Ibunya akan merasai kehilangan Wadea lebih daripada sesiapa, tetapi dia terpaksa meratapi sendiri dan bukan dalam pelukan keluarga pada masa ini.

“Dia sedang berjuang dengan kecederaan yang serius dialaminya di hospital, selain perasaan trauma mental yang dia alami,” kata Ahmed Rehab.

Kes serangan oleh suspek sedang disiasat sebagai jenayah kebencian

Difahamkan, serangan oleh warga emas terbabit kini sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan sebagai jenayah kebencian.

Menurut pejabat sheriff lagi, suspek yang dikenali sebagai Joseph M. Czuba berusia 71 tahun itu dituduh dengan pembunuhan peringkat pertama, percubaan pembunuhan peringkat pertama, dua tuduhan jenayah kebencian, dan penganiayaan berat dengan alat membunuh.

Jelasnya, meskipun Czuba tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kes terbabit, tetapi penyiasat dapat menentukan bahawa mangsa telah diserang oleh suspek kerana mereka beragama Islam selain konflik Timur Tengah yang sedang berlaku melibatkan Palestin dan Israel.

Suspek beritahu isterinya bahawa mereka dalam keadaan bahaya susulan isu konflik Timur Tengah

Menurut satu fail mahkamah semalam (16 Oktober), isteri Czuba memberitahu penyiasat selepas konflik Palestin-Israel itu bahawa pada 11 Oktober lalu suspek memberitahu yang dia ingin Wadea dan ibunya berpindah keluar dari rumah berkenaan kerana percaya bahawa mereka berada dalam bahaya.

Jelas isterinya lagi, warga emas terbabit turut mendakwa bahawa ibu Wadea akan menghubungi rakan-rakan Palestinnya atau keluarganya untuk membahayakan mereka.

Sementara itu, Shahin memberitahu pihak berkuasa bahawa pada 11 Oktober itu Czuba telah bertemu dengannya untuk mengatakan tentang apa yang berlaku di Timur Tengah dan ketika hari kejadian, suspek sekali lagi memberitahu bahawa dia marah pada wanita itu kerana apa yang berlaku di Jerusalem.

Jelas Shahin lagi, Czuba kemudiannya menyerang dia dengan sebilah pisau namun berjaya melarikan diri dengan mengunci dirinya dalam bilik mandi berhampiran.

Shahin sorok di dalam tandas semasa serangan dan gagal selamatkan anaknya

Malangnya wanita itu gagal menyelamatkan anak lelakinya. Semasa berada di dalam tandas, dia segera menghubungi polis.

Semasa prosiding di mahkamah, pendakwa memberitahu hakim bahawa Czuba dan penyewa terlibat dalam perbalahan pada hari Sabtu lalu berkenaan dengan konflik berpanjangan di antara Israel dan Hamas.

Menurut pihak pendakwaan lagi, Czuba kemudiannya bertindak ganas terhadap Shahin dengan menyerangnya.

Shahin pergi bersembunyi di bilik mandi dan menelefon 911, dan semasa bersembunyi, dia memberitahu penyiasat, dia dapat mendengar anak lelakinya diserang oleh Czuba, kata pendakwa.

Pendakwaan membaca kenyataan dari Shahin di mahkamah yang menyatakan Czuba telah mengikuti konflik di Timur Tengah dan telah meminta keluarga tersebut berpindah keluar dari tempat tinggal apabila konflik bermula.

Suspek tiada rekod kesalahan lampau namun hakim tetap perintah dia ditahan tanpa jaminan

Peguam yang mewakili Czuba, Kylie Blatti memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tiada rekod kesalahan sebelum ini, tetapi hakim memerintahkan warga emas itu ditahan tanpa jaminan.

Dalam pada itu, pejabat sheriff berkata semasa kejadian, Shahin dan Wadea ditemui pihak berkuasa di sebuah bilik tidur dengan kedua-dua mangsa mengalami banyak luka tikaman di dada, badan dan anggota badan atas.

Kedua-dua mereka dihantar ke hospital, tetapi Wadea gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia semasa berada di sana.

Shahin hantar mesej kepada bapanya, cerita tentang apa yang berlaku

Sementara itu Ahmed Rehab berkata, Ibu Wadea yang cedera menghantar mesej kepada bapanya dari hospital dan menerangkan apa yang telah berlaku.

“Dia berkata tuan rumah mengetuk pintu mereka, dan apabila dia membukanya, dia cuba untuk mencekiknya dan meneruskan serangan dengannya dengan pisau, sambil berteriak, ‘anda orang Islam mesti mati,” kata Ahmed Rehab.

Serangan yang dilakukan atas dasar Islamofobia ini dikatakan sebagai antara yang terburuk yang pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.