fbpx
Now Reading
“Pregnant Pun Tak Selamat” – Lelaki Warga Emas Kantoi Rakam Gambar & Video Wanita Mengandung [Video]

“Pregnant Pun Tak Selamat” – Lelaki Warga Emas Kantoi Rakam Gambar & Video Wanita Mengandung [Video]

Hasil pemeriksaan yang dilakukan wanita itu dan suaminya nyata mengejutkan apabila mendapati galeri telefon bimbit milik lelaki preggophiles tersebut dipenuhi dengan gambar dan video ibu-ibu hamil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila seseorang itu keluar daripada rumah, perkara yang paling utama perlu diambil kira adalah tentang faktor keselamatan diri. Ini kerana kemungkinan perkara yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Oleh sebab itu, setiap orang disarankan untuk menjaga diri dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling walaupun pada ketika itu anda keluar bersama dengan ahli keluarga.

Namun, dalam kita berhati-hati, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab sanggup melakukan perkara yang tidak baik hingga boleh memudaratkan diri sendiri.

Wanita Mengandung Diekori Lelaki Ketika Keluar Bersama Suami

Malang bagi seorang wanita hamil apabila dia diekori dan gambarnya dirakam oleh seorang lelaki warga emas ketika keluar bersama keluarganya di sebuah pusat membeli-belah.

Kejadian yang menakutkan itu dikongsi oleh wanita berkenaan melalui akaun TikTok miliknya @shiraatajudin.

Menurut Shira, dia hanya sedar dengan kehadiran lelaki warga emas itu setelah berjalan hampir separuh daripada pusat beli belah tersebut.

“Mula perasan pakcik ni ikut saya dan sentiasa ada di sekeliling, sambil pegang telefon bimbit sama macam dalam video seolah-olah sedang merekod,” tulis Shira menerusi ruang kapsyen.

Risau dengan gerak geri dan perlakuan lelaki berkenaan, Shira kemudian mengadu kepada suaminya.

Suami Minta Tengok Telefon Bimbit, Penuh Gambar Wanita Mengandung

Suami wanita itu bertindak menahan lelaki berkenaan dan meminta untuk melihat kandungan telefon bimbit miliknya.

Hasil pemeriksaan nyata mengejutkan apabila dia dan suami mendapati galeri foto dalam telefon bimbit milik lelaki warga emas tersebut dipenuhi dengan gambar dan video perempuan mengandung.

“Alangkah terkejutnya tengok gambar saya memang ada dalam telefon bimbit pakcik ni, tolong hati-hati semua kaum ibu.

“Saya yang pakai jubah pun boleh terkena, padahal keluar dengan suami, rasa tak selamat sangat.”

Wanita Berkenaan Buat Laporan Polis

Mengakui trauma dengan perkara berkenaan, Shira bagaimanapun menjelaskan sudah membuat satu laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Masih trauma dan takut, semalam pun menggigil dan menangis, dekat sana juga kami buat laporan polis, tak sangka jadi dekat diri sendiri,” tulisnya lagi menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian Shira nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata geram dan mengecam tindakan lelaki warga emas itu yang sanggup merakam gambar wanita mengandung.

Malah, ada juga warganet yang terdiri daripada wanita mengandung turut berkongsikan pengalaman yang sama diekori lelaki yang tidak bertanggungjawab ketika berada di luar.

Terdapat juga segelintir yang menasihatkan agar wanita yang sedang hamil sentiasa berhati-hati serta mengenakan pakaian yang longgar daripada menjadi mangsa manusia yang keji ini.

@shiraatajudin

Repost smula , tktau kenapa hilang .. mommies kt luar tgh pregnnt please berjaga2..kejadian smlm..i tgh pregnnt.. tk sgka pakcik ni follow i spnjg i berada dkt aeon.. i dgn hsbnd and anak2.. start perasan sbb pakcik ni follow and sentiasa ada diskeliling i , dia pegang hp sama mcm dlm video seolah mcm sedang merecord ..bila i rasa tk sedap hati bgtau hsbnd so hsbnd thn pakcik tu dan mntk untk tgk hp. Dia follow spnjg i ada dkt area bawah tu smpai la nk gerak balik ke basement pakcik tu ikut..alangkah terkejutnya tgk gmbr i mmg ada dlm hp pakcik ni..tlng hati2 smua kaum ibu.. sy yg pkai jubah pn blh terkena..pdahl kita mmg dgn suami🙏🏻 rasa tk selamat sgt.. still trauma and tkut..smlm pm mgigil dan mnngis.. smlm dkt sana juga kami dh buat laporan polis.tk sgka jadi dkt diri sndiri😩

♬ original sound – Shirakitchenshop – Shirakitchenshop

Apa Itu Maiesiofilia?

Untuk info, Maiesiofilia merupakan kelainan seksual atau nafsu aneh yang terdapat dalam kalangan individu berpenyakit mental.

Ia satu keadaan di mana individu itu mempunyai rasa ghairah melihat ibu hamil kerana dianggap seksi walaupun telah berpakaian sopan.

[CRIME ALERT] KERATAN AKHBAR PILIHAN: AWAS LELAKI ‘GHAIRAH’ WANITA HAMIL Kuala Lumpur, 9 September 2020 – Jangan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 8 September 2020

Memetik Harian Metro, menurut Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Ahmad Rostam Md Zin, ia tergolong dalam masalah sakit mental yang menyebabkan keghairahan seks tidak normal (fetishism) termasuk pedofilia, zoofilia dan necrofilia.

Menurut beliau, sukar untuk mengesan individu yang mempunyai penyakit ini namun golongan ibu dinasihatkan agar berhati-hati apabila berada di tempat awam atau memuat naik gambar di media sosial.

Berikut antara komen yang diberikan oleh netizen:

Apa Motif Pakcik Ni Ye?

Memang Ada Orang Macam Ni, Saya Kena Dekat Klinik

Pernah Dulu Pergi Checkup, Lelaki Duduk Atas Motor Standby Telefon Macam Video Call Tu

Pregnant Pun Tak Selamat Weh

Saya Pernah Kena Waktu Mengandung Anak Kedua

Allahu, Kenapa Sampai Macam Tu, Takutnya

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kantoi Mengendap Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Rakam Guna Telefon Bimbit [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi?” – Lelaki Intai & Rakam Wanita Mandi Di Pusat Pemindahan Sementara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.