Aksi Makcik Main Bola Tampar Sambut ‘Spike’ Guna Sebelah Tangan Buat Ramai Tergamam [Video]
Di dalam video tersebut, kelihatan pemain lawan yang masih muda memberi asakan yang bertalu-talu, namun berjaya disambut sekumpulan wanita berumur itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sebut sahaja pasal sukan, ia pasti sinonim bagi golongan muda yang masih mempunyai stamina yang kuat seperti bermain bola, badminton, hoki ataupun bola tampar.
Ini kerana kebiasaannya golongan yang berumur sudah tidak lagi bertenaga seperti waktu muda dahulu untuk bersukan.
Tular video pemain bola tampar wanita berumur beraksi dengan baik
Namun tidak semuanya begitu, seperti baru-baru ini tular di media sosial sepasukan pemain bola tampar wanita yang kelihatan berumur tetap beraksi dengan baik ketika melawan pemain-pemain yang jauh lebih muda di Indonesia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @evendrikoboys92, kelihatan kumpulan wanita berumur itu hanya memakai selipar, malah ada yang mengenakan kain sarung dan jubah sahaja.
Ini berbeza dengan team lawan yang kesemuanya memakai kasut dan lengkap berpakaian jersey pasukan mereka.
Dapat tepis setiap asakkan, siap sambut ‘spike’ guna sebelah tangan
Di dalam video tersebut, kelihatan pemain lawan yang masih muda memberi asakan yang bertalu-talu, namun berjaya disambut sekumpulan wanita berumur itu.
Lebih mengujakan, kelihatan pemain wanita yang berumur itu dapat menyambut ‘spike’ dari pihak lawan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Tidak hanya itu, mereka juga mampu memberi pukulan ‘spike’ sehingga memaksa pemain lawan untuk melakukan ‘dive’ bagi menyambut bola tersebut.