
“Itulah Pentingnya English Education” – 3 Gadis Israel Kena ‘Gula-Gula’ Dengan Lelaki Nyanyi Lagu Palestin [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan tiga gadis terbabit seolah-olah tidak memahami maksud lirik lagu berkenaan yang ditujukan khas buat Palestin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia dan Indonesia merupakan antara negara yang majoriti penduduknya memberi sokongan kepada Palestin serta perjuangan Hamas.
Malah kebanyakan selebriti, pempengaruh dan orang-orang ternama di dua negara terbabit telah menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah-bahagi kepada Palestin secara langsung mahupun menerusi media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Joe Biden Ubah Topik Iklim Selepas Jokowi Desak Lakukan Gencatan Senjata Di Gaza [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat
Lelaki Indonesia nyanyi lagu khas buat Palestin pada 3 gadis Israel
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga influencer Indonesia telah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Palestin bertajuk ‘We Will Not Go Down’ secara langsung dihadapan tiga gadis Israel dipercayai menerusi aplikasi video perbualan dalam talian (online).
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @dauspozi, kelihatan tiga gadis terbabit seolah-olah tidak menyedari atau mungkin tidak memahami lirik dan maksud lagu tersebut di dalam bahasa Inggeris.
3 gadis Israel tak faham bahasa Inggeris, hanya menari saat lagu dinyanyikan
Ini boleh dilihat apabila mereka turut ikut menari disaat lelaki yang dikenali sebagai Fian NR itu mendedangkan lagu terbabit yang cukup diketahui didedikasikan kepada penduduk Palestin.
Meskipun lirik lagu tersebut jelas menyebut perkataan ‘Gaza’ dan ‘We Will Not Go Down’, namun gadis-gadis itu hanya menunjukan reaksi wajah keterujaan mereka dengan kemerduan suara lelaki terbabit.
3 gadis Israel hanya sedar lepas lelaki itu sebut ‘Free Palestine’
Namun keterujaan mereka terhenti sebaik menyedari Fian memihak kepada Palestin selepas dia menyebut perkataan ‘Free Palestine’ di hujung nyanyiannya.
Susulan itu, tiga gadis tersebut yang terkejut kemudiannya menunjukkan isyarat tangan yang tidak senonoh sekaligus mencerminkan keperibadian mereka yang tidak bertamadun.
Itulah pentingnya English education. pic.twitter.com/L5e94i2aCn
— FÈRD 🇲🇾🇵🇸 (@dauspozi) November 15, 2023
Netizen terhibur lihat tiga gadis Israel kena ‘gula-gula’
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat tiga gadis terbabit yang dipermainkan dan cair dengan kemerduan suara Fian selain dipercayai tidak mahir berbahasa Inggeris.
Malah ada yang menyifatkan gadis-gadis itu tidak celik itu dan senang diperbodohkan.
bukti tak semua yang cantik itu bijak. Tapi, sebabkan dorang israel, bukan setakat hodoh, tapi juga bodoh!!
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 (@rabbaniahmad_) November 15, 2023
Bodoh piang. Hahhahhaha. Bukan semua mata biru pandai cakap english,
— AliffShanusi 🆇 (@aliffshanusi) November 15, 2023
Sumpah lah sebodoh tu? Diaorang enjoy gila 🤣 sbb x paham? Last last dgr “free palestine” baru sedar? Hahahahahahahahaha sumpah klakar 🤣🤣
— 𝕮𝖎𝖓𝖙𝖆 🌸 (@sitizuelaikha) November 16, 2023
Nice one hahhaaha at the end they suddenly shock like the worms hit by hoe.
— Sab Rahman (@SabRahman154504) November 16, 2023