fbpx
Now Reading
Perkataan ‘US’ Bermaksud ‘Kita’ – Pemilik US Pizza Prima Saujana Perjelas Makna Di Sebalik Jenama Piza

Perkataan ‘US’ Bermaksud ‘Kita’ – Pemilik US Pizza Prima Saujana Perjelas Makna Di Sebalik Jenama Piza

Menurut pemilik cawangan US Pizza di Prima Saujana, beliau memaklumkan bahawa syarikat terbabit adalah miliknya dan keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, sebuah cawangan US Pizza di Prima Saujana, Kajang telah memaklumkan bahawa nama jenama tersebut iaitu ‘US’ membawa maksud ‘Kita’ di dalam Bahasa Melayu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik cawangan iaitu Dr Mohd Sobree Ali menerusi satu kenyataan rasmi.

Memaklumkan US Pizza adalah syarikat tempatan

Malah dia di dalam kenyataan itu turut memaklumkan bahawa restoran makanan tersebut adalah syarikat tempatan.

“Kami ingin memaklumkan US Pizza, merujuk kepada perkataan ‘US’ (bermaksud Kita dalam Bahasa Melayu). Ia merupakan perniagaan syarikat tempatan.

“Untuk kami US Pizza outlet di Taman Prima Saujana Kajang, Selangor merupakan perniagaan milik Muslim.

“Syarikat ini milik kepunyaan saya dan keluarga,” ujarnya.

Mengalu-alukan kedatangan orang ramai

Dr Sobree dalam pada itu turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke restorannya untuk menikmati menu hidangan yang ditawarkan oleh US Pizza.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemilik cawangan itu dipercayai kerana orang ramai menyangkakan dan membuat spekulasi kononnya US Pizza berasal daripada negara Amerika Syarikat.

Umum sedia maklum, majoriti masyarakat seluruh dunia sedang memboikot beberapa barangan daripada Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada Israel.

Tindakan itu dilakukan oleh orang ramai termasuk rakyat Malaysia adalah disebabkan konflik peperangan antara Palestin dan Israel.

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi daripada cawangan US Pizza di Prima Saujana ini dipercayai telah dipadam dari media sosial mereka seperti TikTok.

Manakala akaun Facebook milik cawangan itu juga tidak dapat dikesan.


Sejarah US Pizza

Menerusi laman rasmi US Pizza, jenama piza ini telah mula beroperasi pada tahun 1990-an oleh Mr Donald Duncan yang membuka restoran pizza di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat.

Selepas lima tahun berada dalam perniagaan itu, Mr Duncan kemudian mengolah resepi doh, sos tomato dengan sendiri sehingga ia dikenali sebagai ‘Duncan Sos’.

Mr Duncan kemudian mula membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1997 dan menamakannya sebagai US Pizza.

Pada tahun 2017, US Pizza kemudiannya telah mendapat sijil halal selain turut menang sebagai Asia Halal Brand Award pada tahun 2019 dalam Katergori Heritage Brand dan Best American Pizza.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.