
Gelagat Kanak-Kanak Mengomel Ketika Teman Bapa Cuit Hati Ramai [Video]
Menerusi video berkenaan kelihatan si comel itu terus membebel apabila ayahnya mengucapkan terima kasih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kanak-kanak yang sedang membesar pastinya mempunyai pelbagai ragam. Apatah lagi jika mereka berada di dalam lingkungan umur satu hingga tujuh tahun.
Mana tidaknya, ketika berada di dalam fasa umur ini kanak-kanak sedang belajar mengawal emosi mereka dan adakalanya mereka akan menangis atau marah untuk menunjukkan perasaan yang sedang dirasainya.
Oleh itu sebagai ibu bapa, anda yang berperanan untuk membantu mereka dalam mengendalikan emosi dengan baik.
Meskipun tidak mudah tetapi adakalanya gelagat si comel ini turut dapat menghiburkan hati ibu bapa.
Gelagat kanak-kanak membebel undang perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak yang berusia sekitar satu hingga dua tahun sedang mengomel sendirian apabila diminta untuk menemani bapanya.
Menerusi video yang dipercayai dimuat naik oleh ibunya, @fiqa_zul kelihatan kanak-kanak yang mesra dipanggil Runa itu sedang berjalan sambil menemani bapanya untuk mengambil barang.
Bebel lepas ayah ucap terima kasih
Menghargai tindakan si comel itu, bapanya kemudian mengucapkan terima kasih kepada anaknya.
“Terima kasih sayang teman ayah ambil barang,” kata si ayah.
Sebaik mendengar kata-kata ayahnya itu, Runa kemudian langsung menjawab dengan nada sedikit tinggi seolah-olah menafikan perkara tersebut.
“Ish mana ada,” ujar kanak-kanak itu.
@fiqa_zul Love hate r/ship dengan ayoh 🤣🤣❤️❤️ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral
♬ original sound – Fiqazul – Fiqazul
Mengomel kepada ayah sepanjang jalan
Si ayah kemudian mengulang kata-katanya dan kanak-kanak kecil itu terus mengomel sambil berjalan bersama bapanya.
Perkongsian video itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai apabila ramai yang terhibur mendengar si comel itu mengomel sendirian.
Malah ada yang mengatakan anak kedua sedikit berlainan memandangkan Runa merupakan anak kedua dalam adik beradiknya.
“Sepanjang jalan dia membebel, ayah dia paksa ke apa suruh teman”

“Dia rela ke terpaksa sebenarnya ni.. sepanjang jalan non stop ‘ishh’ comel je dia bebel”

“Mesti anak nombor dua, sebab aku pun macam ni dari kecil mak aku cakap”
