fbpx
Now Reading
Kerana Desakan Hidup, Wanita Berpantang & Tinggal Dalam Kereta Bersama Bayi Serta Seorang Lagi Anak

Kerana Desakan Hidup, Wanita Berpantang & Tinggal Dalam Kereta Bersama Bayi Serta Seorang Lagi Anak

Walau bagaimanapun, wanita dan keluarganya itu telah diberi penginapan sementara manakala anaknya yang demam telah dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah kita akan diuji dengan ujian atau cabaran dalam kehidupan.

Ada segelintir yang diuji dengan kebahagiaan, ada juga yang diuji dengan harta benda. Namun, ujian inilah yang mengajar dan membentuk seseorang menjadi insan yang tabah serta kuat.

Kadang kala, Allah menguji seseorang itu melalui kesusahan daripada orang lain untuk melihat bagaimana kita sebagai manusia membantu antara satu sama lain.

Baru Lahirkan Bayi 4 Hari, Terpaksa Pantang & Tinggal Dalam kereta

Semalam (29 November), tular di media sosial foto seorang wanita bersama bayi yang baru lahir serta anak lelakinya tinggal di dalam kereta. Difahamkan, wanita berkenaan baru sahaja melahirkan bayi yang berusia empat hari.

Kerana desakan hidup dan tiada tempat tinggal, dia terpaksa berpantang dan tinggal di dalam kereta yang terletak di hadapan Masjid Taman Ria Sungai Petani, Kedah.

“Ada satu keluarga terpaksa tidur dan berpantang bersama bayi empat hari dalam kereta. Tiada tempat tinggal, bini dia baru empat hari bersalin. Anak yang sorang lagi pulak demam teruk,” tulis satu kenyataan di akaun Facebook Kedah Press.

Hantaran itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang melanda wanita dan ahli keluarganya itu.

Foto: Tangkap Layar Facebook Kedah Press

Wanita Telah Dapat Penginapan Sementara & Terima Bantuan

Terbaharu, memetik mStar, wanita dan anak-anaknya itu dikatakan telah mendapat bantuan yang sepatutnya.

Menurut Ketua Operasi Murtadha Dakwah Centre Muhammad Ridzuan Osman, wanita itu dan keluarganya telah diberikan penginapan sementara dan anaknya yang demam telah dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Malah, dia juga telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan klinik kesihatan.

“Semalam dapat panggilan bertubi-tubi. Dimaklumkan ada wanita dengan bayi empat hari tidur dalam kereta, tiada tempat tinggal. Kami pergi tengok rupanya memang betul.

“Cuma ada masalah yang menyebabkan mereka duduk di situ. Malam itu juga kami jumpa mereka. Pihak kami bawa balik dan pergi klinik untuk rawatan sebab anaknya demam.

“Kami juga dah bagi penginapan untuk wanita tersebut dengan anaknya. Kami tengah dalam proses untuk selesaikan masalah mereka,” katanya yang dipetik daripada mStar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan. Kebanyakannya turut mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Berikut merupakan komen netizen:

Semoga Segala Urusan & Segala Doa Dimakbulkan

Semoga Dipermudahkan Urusan & Dimurahkan Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Mampu Sewa Rumah, Lelaki Ini Terpaksa Bawa Isteri & Anak Tinggal Dalam Kereta Hampir 10 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.