Pelajar Di Britain Lulus Ujian Teori Lesen Memandu Selepas Gagal 59 Kali
Menurut Jabatan Pengangkutan Britain, kadar lulus ujian teori semakin menurun iaitu daripada 65% pada tahun 2007/2008 menjadi 44% pada tahun 2022/2023.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum memandu sesebuah kenderaan, individu perlu mempunyai lesen memandu. Namun, seseorang itu perlu menjalani beberapa ujian antaranya seperti ujian komputer, teori dan praktikal sebelum memperolehi lesen memandu yang sah.
Lazimnya, lesen yang diambil adalah berbeza mengikut jenis kelas kenderaan yang bakal di bawa dan yurannya juga turut berbeza.
Namun, bagi sesetengah orang, mengambil ujian lesen memandu tidaklah semudah yang disangka.
Kadang-kala, segelintir individu terpaksa berulang kali mengambil ujian sebelum berjaya memiliki lesen tersebut.
Gagal 59 Kali Sebelum Lulus Ujian Teori Memandu
Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah sekolah memandu di Britain. Dia berjaya lulus ujian teori memandu setelah gagal sebanyak 59 kali.
Difahamkan, pelajar berkenaan telah menghabiskan masa kira-kira 60 jam dan berbelanja hampir £1,400 (anggaran kira-kira RM8,252) sebelum lulus ujian tersebut di Redditch, Worcestershire.
Identiti pelajar berkenaan dirahsiakan namun perincian berkenaan pengambilan lesen tersebut didedahkan melalui data yang diperolehi dari Sekolah Memandu AA.
Perlu Tunggu 3 Hari & Bayar Semula Jika Mahu Ambil Semula Ujian Tersebut
Pelajar yang gagal ujian teori di Britain perlu menunggu selama tiga hari serta membuat pembayaran sebanyak £23 (anggaran kira-kira RM135) jika mahu menduduki semula ujian tersebut.
Mereka perlu lulus ujian ini sebelum meneruskan ujian praktikal di peringkat seterusnya.
Buat mereka yang gagal ujian praktikal dalam tempoh dua tahun juga perlu mengulang kembali dengan mengambil semula ujian teori tersebut.
Malah, pelajar perlu menjawab 43 daripada 50 soalan teori dengan betul dan ujian persepsi bahaya berdasarkan 14 klip video.
Kadar Lulus Ujian Memandu Menurun
Menurut jabatan itu lagi, kadar lulus ujian teori semakin menurun iaitu daripada 65% pada tahun 2007/2008 menjadi 44% pada tahun 2022/2023.
“Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah ujian ini mencabar dan komitmen pelajar untuk berjaya amat mengagumkan.
“Gugup sudah pasti ada, janji anda faham apa ujian yang bakal terlibat sebelum anda menjawabnya.
“Ujian teori ini nampak mudah dan anda menganggap boleh lulus tanpa sebarang usaha, namun itu tidak benar,” kata Pengarah Pengurusan Sekolah Memandu AA, Camilla Benitz.
Malah, sebelum ini, beberapa individu pernah ditangkap dan dijatuhkan hukuman kerana cuba mengambil ujian teori bagi pihak lain.
Antaranya seperti seorang wanita yang dikenali sebagai Inderjeet Kaur dari Llanelli, Wales yang dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tahun lalu kerana mengambil 150 ujian teori dan praktikal untuk orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Akhirnya Berjaya Dapat Lesen Kenderaan Selepas 960 Kali Mencuba
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kantoi Guna Lesen Terbang Di Australia