fbpx
Now Reading
Aksi keluarga Ekori Gadis Jalani Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Aksi keluarga Ekori Gadis Jalani Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video yang telah menerima lebih 700 ribu tontonan itu, kedengaran suara lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ibu mereka sedang ‘mengulas’ dan memberi arahan kepada gadis berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain kasih sayang, sokongan merupakan elemen penting dalam sesebuah keluarga bagi mewujudkan suasana yang bahagia dan harmoni.

Memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dalam setiap perkara merupakan antara nikmat yang jarang diperolehi oleh individu.

Ini kerana tidak semua individu bernasib baik mempunyai keluarga yang sangat menyokong dalam setiap apa yang dilakukan.

Keluarga Beri Sokongan Kepada Gadis Ketika Ujian Memandu, Ikut Kereta Dari Belakang

Namun, berbeza dengan sebuah keluarga ini yang dilihat sanggup mengikut dari belakang semata-mata mahu memberi sokongan kepada ahli keluarga yang sedang mengambil ujian lesen memandu.

Menerusi perkongsian video di TikTok @daniallll, kelihatan adiknya sedang menjalani ujian memandu bagi memperolehi lesen kereta.

Apa yang menghiburkan adalah tindakan dan respon ahli keluarganya yang sanggup mengekori gadis yang dikenali sebagai Aina dari belakang.

Melalui video yang telah menerima lebih 700 ribu tontonan itu, kedengaran suara lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ibu mereka sedang ‘mengulas’ dan memberi arahan kepada gadis berkenaan.

“Aina kanan sikit Aina. Tu line tengah tu dik,” kata abang kepada gadis itu.

Malah, kedengaran ibu gadis berkenaan turut memberi arahan kepada gadis tersebut.

“Jangan sampai bahu jalan dik.

“Tu manual la, kira cekap la dia bawak manual tu,” kata ibu mereka.

@danniallll

bila family kau support kau masa ujian litar . be like ….

♬ original sound – dan – dan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan memuji tindakan keluarga ini yang sanggup memberi sokongan terhadap ahli keluarga mereka.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama diikuti oleh ahli keluarga atau rakan ketika mengambil ujian memandu.

Hahaha Masing-Masing Tak Nak Kalah Bagi Arahan Macam La Orang Tu Dengar

Comel Betul Supportive Macam Ni

Alahai Comel

Adoi Syok Betul Keluarga Macam Ni, Mesti Dekat Rumah Happening Gila

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nak Gelak, Nanti Terkena” – Kereta Mengundur Masa Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.