fbpx
Now Reading
Wanita Akhirnya Berjaya Dapat Lesen Kenderaan Selepas 960 Kali Mencuba
wanita dapat lesen lepas cuba 960 kali

Wanita Akhirnya Berjaya Dapat Lesen Kenderaan Selepas 960 Kali Mencuba

Apa yang menarik, kejayaannya memiliki lesen pada cubaan yang ke 961 kali itu turut menarik perhatian syarikat automotif, Hyundai yang kemudian menghadiahkan sebuah kereta kepada Cha Sa-soon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita semua pasti pernah melalui pelbagai pengalaman ketika mengambil lesen memandu. Ada yang lulus dengan jayanya dan ada juga yang gagal hingga terpaksa mengambilnya semula. Yang gagal pula ada yang menangis kerana terlalu kecewa.

Bila diingatkan semula memang bermacam-macam ragam namun ia tidak mematahkan semangat kita semua untuk terus mencuba hingga berjaya mendapatkan lesen memandu.

Wanita Korea tak putus asa ambil 960 kali ujian memandu

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang wanita di Korea Selatan ini apabila dia akhirnya berjaya mendapat lesen memandu selepas 960 kali mencubanya.

Malah bukan hanya itu, kos mengambil lesen itu juga mencecah hingga ribuan ringgit tetapi dia tidak pernah berputus asa.

Kisah mengenai kejayaan wanita itu walaupun ianya berlaku lebih 10 tahun dahulu mula mendapat perhatian selepas dikongsikan oleh Asian Culture Unlocked di YouTube sebelum ia menjadi sohor di Reddit.

Difahamkan Cha Sa-Soon berjaya mendapatkan lesen memandunya pada sedekad yang lalu selepas dia lulus ujian yang ke-961 kali pada tahun 2010 ketika berusia 69 tahun, lapor New York Post.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, wanita ini turut menjadi selebriti terkenal di negaranya kerana kejayaan tersebut memberikan insipirasi kepada orang ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkan lesen memandu.

Usaha sungguh-sungguh, wanita sanggup ambil ujian bertulis lima hari seminggu

Menurut New York Times, Sa-soon yang kini berusia dalam lingkungan 80-an tidak membiarkan sebarang perkara menghalangnya dari mencapai kejayaan tersebut. Bahkan terus berusaha bersunguh-sunguh menduduki ujian bertulis setiap hari selama lima hari seminggu dalam tempoh tiga tahun.

Sebaik selesai menduduki ujian bertulis dia kemudian meneruskan ke peringkat seterusnya dengan mengambil dua ujian kemahiran memandu.

Kos untuk mendapatkan lesen tersebut menelan belanja hampir 5 juta won (RM18,477), lapor NBC News. Namun ada yang menganggarkan Sa-soon membayar hampir RM59,386.

Kejayaan Sa-soon turut diraikan tenaga pengajar

Sebaik sahaja lulus ujian memandu itu, kejayaan Sa-soon turut diraikan oleh tenaga pengajarnya.

“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua bersorak dan memeluknya selain turut memberikan bunga.

“Ia seperti hilang satu beban, kami tidak pernah mempunyai keberanian untuk meminta dia berhenti kerana wanita itu tidak berputus asa,” kata Park Su-yeon, kata pengajar sebuah sekolah memandu kepada Times pada 2010.

Hyundai bagi hadiah sebuah kereta atas kejayaan Sa-soon

Dia turut menjadi perhatian syarikat kenderaan Hyundai yang menganugerahkannya sebuah kereta bernilai $16,800 (RM73,904) bahkan turut diambil berlakon satu iklan bagi sebuah syarikat automotif.

“Saya tidak kisah. Pada saya berulang setiap hari untuk mengambil ujian itu seperti pergi ke sekolah. Saya sentiasa rindukan sekolah,” ujar Sa-soon.

Sa-soon juga turut menjual sayur-sayuran yang ditanam sendiri untuk menyara kehidupan dan tujuan dia belajar memandu adalah untuk mengekalkan perniagaannya.

Wanita ini juga memberitahu Times dengan lesen tersebut dia boleh membawa cucunya untuk melawat zoo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.