fbpx
Now Reading
Kucing Di China Minta Mi Di Kedai Depan Rumah Untuk Makan Bersama Kibble

Kucing Di China Minta Mi Di Kedai Depan Rumah Untuk Makan Bersama Kibble

Menurut pemilik kucing berkenaan, Popsicle akan datang ke kedai mi tersebut untuk meminta makanan kegemarannya sebelum membawa ia pulang untuk dinikmati bersama biskutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan seekor binatang yang comel selain turut menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Malah sifat yang manja membuatkan peminat si bulus selesa berada dekat dengan mereka.

Meski pun comel kucing juga mempunyai pelbagai kerenah yang adakalanya membuatkan tuan mereka pening apabila memikirkannya.

Kucing di China suka makan mi

Baru-baru ini, tular video di Douyin mengenai seekor kucing bernama Popsicle di China yang sangat menyukai makanan manusia iaitu mi.

Disebabkan si bulus ini gemar makan mi ia juga sanggup keluar dari rumah untuk mencari makanan kegemarannya.

Akan keluar untuk meminta mi dari pemilik restoran pada setiap hari

Menerusi platform berkenaan turut kelihatan beberapa klip video memaparkan telatah si comel itu yang sanggup keluar demi mendapatkan makanan kesukaannya di sebuah restoran menjual mi.

Menurut pemilik kucing berkenaan, si comel itu sering hadir ke restoran yang berada di hadapan rumahnya untuk meminta mi pada setiap hari, lapor Mothership.

Malah Popsicle juga adakalanya sanggup mengekori pemilik restoran berkenaan untuk mendapatkan mi.

Apa yang lebih menghiburkan, pemilik kedai makan berkenaan juga tidak pernah gagal untuk memberikan si manja itu mi setiap kali ia datang ke kedai.

Sebaik mendapatkan mi dari pemilik kedai, dia akan segera menggonggong makanan itu lalu membawanya pulang ke rumah untuk diletakkan di dalam mangkuk makanan bersama biskut.

Dalam video berkenaan kelihatan kucing berwarna coklat itu berjalan sendirian menuju ke kedai mi tersebut.

Akan datang dua kali dalam sehari untuk dapatkan mi

Ujar pemiliknya, Popsicle akan datang ke kedai mi tersebut sebanyak dua kali setiap hari.

Namun bukan setakat mi, Popsicle juga mengemari jagung.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.