fbpx
Now Reading
“Kau Dah Kenapa?” – Pelajar Beri ‘Pickup Line’ Kepada Ustazah Ketika Sesi Ceramah Undang Reaksi Ramai

“Kau Dah Kenapa?” – Pelajar Beri ‘Pickup Line’ Kepada Ustazah Ketika Sesi Ceramah Undang Reaksi Ramai

Pelajar lelaki itu melakukan pickup line dengan menanyakan soalan apakah perbezaan di antara ustazah dan juga Kad Pengenalan (IC).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman ini, bukanlah sesuatu perkara yang pelik lagi sekiranya orang ramai mudah terikut atau terpengaruh dengan sesuatu ‘trend’.

Ini kerana hampir setiap orang tanpa mengira umur sudah memiliki akaun media sosial yang menjadi platform penyebaran info selain mempunyai peranti di tangan.

Tular pelajar beri ‘pickup line’ kepada ustazah ketika sesi ceramah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial aksi seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah memberi ‘pickup line’ kepada ustazahnya.

Difahamkan, perkara tersebut berlaku semasa sekolah terbabit mengadakan satu sesi ceramah bersama para pelajarnya.

Pelajar buat pickup line, tanya perbezaan ustazah dan IC

Menerusi video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @Alturkistiano, pelajar lelaki itu melakukan pickup line dengan menanyakan soalan apakah perbezaan di antara ustazah dan juga Kad Pengenalan (IC).

“Apa beza ustazah dengan IC? IC saya dekat dompet, ustazah terletak di hati saya,” kata pelajar itu.

Bagaimanapun, tindakan pelajar terbabit memberi pickup line kepada gurunya tidak disetujui oleh pemilik akaun X tersebut.

Matlamat asas untuk ke sekolah adalah menuntut ilmu

Menurutnya, matlamat asas seorang pelajar ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu agar menjadi orang yang berguna dan dapat memberi manfaat kepada dunia serta kemanusiaan.

“Saya faham pickup line ini sekadar gurauan. Tetapi apa matlamat anak-anak ini disuruh buat pickup line dekat seorang guru? Budaya apa yang cuba dibawa?

“Saya tak nampak apa-apa matlamat yang jelas dengan membuat remaja itu menggelitat (menggedik) akan menjadi dia pemenang Nobel Prize di masa hadapan.

“Atau mungkin ada kajian terbaru yang berimpak tinggi, telah terbukti secara saintifik dan statistik yang mana melakukan pickup line kepada guru akan melahirkan generasi masa depan yang baik akhlaknya,” luahnya.

Menurutnya lagi, dia keliru dengan apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut kerana ketika zamannya bersekolah dahulu rasa sayang dan hormat seorang pelajar terhadap guru sangatlah tinggi.

“Kalau majoriti para guru terima budaya baru ini, saya mohon berselisih pandangan,” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan tindakan penceramah terbabit

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut bersetuju dengan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh pemilik akaun tersebut.

Malah, mereka turut berpendapat perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana bimbang rasa hormat seorang pelajar kepada guru akan makin hilang.

Tidak hanya itu, ramai yang mempersoalkan motif penceramah jemputan berkenaan mengadakan segmen-segmen sedemikian.

Ada juga yang meminta pelajar tersebut agar berhati-hati ketika bergurau khususnya dengan golongan pendidik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.