fbpx
Now Reading
“Beras Bagi Biasa Je?” – Pemilik Kecewa, Pelanggan Homestay Complaint Barang Dapur Percuma Yang Disediakannya

“Beras Bagi Biasa Je?” – Pemilik Kecewa, Pelanggan Homestay Complaint Barang Dapur Percuma Yang Disediakannya

Difahamkan, pemilik ikhlas menyediakan barang dapur seperti beras, telur, roti dan kicap secara percuma buat pelanggannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, selain hotel, perkhidmatan Homestay sering menjadi pilihan kerana harga berpatutan dan sesuai didiami buat mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang ditawarkan di homestay sudah semestinya berbeza dengan perkhidmatan penginapan yang lain seperti hotel.

Namun, ada segelintir pelanggan seolah-olah tidak memahami dengan tawaran perkhidmatan yang disediakan oleh pihak homestay hingga ada yang membuat pelbagai permintaan ‘pelik’.

Pemilik Homestay Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Penyewa

Terbaharu, tular di Facebook luahan perasaan seorang pengguna yang menjalankan perniagaan penginapan homestay mengenai sikap salah seorang pelanggannya.

Menerusi akaun Facebook Memory Homestay Durian Tunggal, pemilik penginapan itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap ‘demand’ pelanggan tersebut yang membuat pelbagai aduan sebaik sahaja menginap di situ.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Facebook berkenaan, pada awalnya, segala urusan di antara pemilik dan penyewa tersebut kelihatan baik.

Pemilik dengan rela hatinya menyediakan barang dapur seperti beras, telur, roti dan kicap sebagai kemudahan dan mahu sedekah kepada penyewa.

Namun, segalanya bermula apabila penyewa berkenaan membuat aduan mengenai barang dapur yang disediakan kepada pemilik homestay tersebut.

“Bismillah, baru ada kekuatan nak up (muat naik) sini. Salah ke jika saya hanya mampu sediakan beras jasmine jalal import dan telur gred B Lotus? Saya ikhlas.

“Ini bukan content (kandungan), ini betul-betul,” tulis pemilik homestay berkenaan.

Penyewa Persoal Barang Dapur Yang Disediakan

Menerusi tangkap layar perbualan antara mereka, penyewa berkenaan membuat aduan mengenai barang dapur yang disediakan.

Antaranya dia mempersoalkan jenis beras yang disediakan oleh pemilik homestay tersebut. Dia berpendapat pemilik sepatutnya menyediakan beras wangi atau beras basmathi bukan beras murah seperti yang disediakan.

“Homestay awak guna beras apa ni? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ni.

“Harga homestay macam hotel, beras bagi beras biasa je ke?

“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sikit. Lain kali bagi beras wangi atau paling lowclass pun beras basmathi, bukan beras murah macam tu,” kata penyewa berkenaan.

Malah, dia juga turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan jenis telur yang disediakan oleh pemilik homestay terbabit.

“Telur gred C ke D ni? Kami ramai, telur 12 biji je ke bagi?

“Telur lotus patut la, telur jenis lain kan ada, telur lotus gred A pun dah macam gred C, D telur lain. Sebaiknya telur Omega, telur lain tak sihat untuk anak-anak,” kata penyewa itu lagi.

Dia juga turut membuat aduan mengenai bekalan roti yang tidak cukup serta jenis kicap yang disediakan oleh pemilik berkenaan.

Bismillah.. Baru ada kekuatan nak up di sini. Salah ke jika saya hanya mampu sediakan beras jasmine jalal import & telur…

Posted by Memory Homestay Durian Tunggal on Sunday, 17 December 2023

Hantaran Undang Pelbagai Reaksi Warganet

Hantaran tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata mengecam penyewa terbabit yang dilihat seolah-olah ‘demand’ dan tidak bertimbang rasa.

Ada juga yang memuji tindakan pemilik homestay berkenaan yang sanggup menyediakan barang dapur sedemikian.

Ini kerana bagi segelintir daripada mereka, kebanyakan homestay hanya menyediakan teh dan kopi buat penyewa.

Berikut antara komen warganet:

Kali Pertama Dengar Homestay Sedia Barang Masakan, Lengkap Siap Roti & Telur

RM250 Tu Ingat Duit Catering Keluarga Ke?

Lain Kali Bagi Dia Arang, Biar Dia Hidupkan Sendiri Api Tu Nak Masak

Baiknya Owner Ni, Dah La Sabar & Pemurah

RM250 Tu Tak Mahal Mana La Untuk Homestay Macam Ni, Special Banyak Sangat

Dia Ni Baru Pertama Kali Duduk Homestay Ke Macam Mana?

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Luah Rasa Kecewa Dapat Penyewa ‘Hantu’, Lari Tak Bayar & Biar Rumah Kotor Bersepah [Foto]

Baca Artikel Berkaitan: Jijik! Tuan Rumah Bengang Dapat Penyewa Wanita Pengotor, Tinggal Rumah Penuh Najis & Kerosakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.