“Menangis Kucing Tengok Ni” – Lelaki Ratah Tulang Ikan Sampai Licin Undang Reaksi Ramai [Video]
Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Romain Tango Ngouodjou itu menelan kesemua tulang ikan bermula dengan mengigit kepala sehinggalah ke bahagian ekor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
‘Nasi tu jangan tak dihabiskan, nanti menangis,’ pasti ramai yang pernah mendengar kata-kata ini sewaktu kecil dahulu.
Sebenarnya nasi tidak boleh menangis, ia hanyalah nasihat agar kanak-kanak menghabiskan makanannya tanpa perlu melakukan pembaziran.
Kebiasaannya, baki di dalam pinggan hanyalah sisa tulang ikan atau ayam dan objek keras yang tidak boleh dimakan sahaja dibiarkan.
Lelaki muat naik video telan tulang ikan dan ayam
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki ini apabila tular video-videonya yang sering menelan tulang ikan dan ayam sehingga habis.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @thebreaker_team_verseau, bekas peninju di Perancis yang dikenali sebagai Romain Tango Ngouodjou itu dilihat sedang makan di sebuah restoran.
Ratah tulang ikan dari bahagian kepala sampai ekor
Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila lelaki berusia 29 tahun itu dengan selambanya turut meratah tulang ikan sehingga ‘licin’.
Kelihatan dia menelan kesemua tulang ikan itu bermula dengan mengigit kepala sehinggalah ke bahagian ekor.
Tulang dan kepala ayam juga dimakannya
Untuk makluman, itu bukanlah video kali pertama dia memakan tulang ikan kerana sebelum ini di akaun TikToknya dia sering memuat naik video seumpama itu juga.
Bukan hanya tulang ikan, malah tulang ayam yang lebih keras dan susah dihancurkan itu juga dikunyahnya.
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Netizen berseloroh, soal kenapa tak telan pinggan dan garfu sekali
Kebanyakan netizen juga memberikan komen yang menghiburkan seperti berseloroh mempersoal kenapa lelaki tersebut tidak menelan pinggan dan garfu.
Bagaimanapun, ada pula yang mendakwa dia hanya mengunyah tulang ikan tersebut tanpa menelannya.
Sekadar info, menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam, tulang ikan bukanlah sesuatu yang boleh dimakan manusia kerana ia boleh menyebabkan tercekik atau terlekat tulang ikan di tekak.
Jangan ambil mudah, tercekik tulang ikan boleh menyebabkan berlaku komplikasi
Menerusi bebenang di akaun X miliknya, beliau berkata jika dibiarkan ia boleh menjurus ke arah komplikasi lain seperti jangkitan kuman yang sehingga bernanah di kawasan farinks dan berlaku pembengkakan pada saluran pernafasan (Retropharyngeal abscess).
“Ada juga kes di mana tulang ikan itu akan migrate (berpindah) ke tempat lain,” ciapnya.
5) KOMPLIKASI
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 17, 2018
– Andai dibiarkan sakit berpanjangan,komplikasi teruk ialah Jangkitan kuman seterusnya menyebabkan Nanah di kawasan farinks menyebabkan pembengkakan saluran pernafasan.
(Retropharyngeal abscess)
– Ada juga kes dimana tulang itu akan migrate ke tempat lain.