fbpx

Wanita Terkejut Runner Cas RM50 Untuk Belikan Nasi Harga RM7.50, Guna Alasan Musim Hujan

Menurut Mardhiah, dia menggunakan perkhidmatan runner tersebut untuk menghantar nasi bungkus kepada ibu yang tidak sihat dan berasa terkejut selepas melihat kos penghantaran yang dikenakan oleh individu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkhidmatan penghantaran atau runner pada ketika ini telah banyak memudahkan urusan harian seseorang individu.

Bukan hanya itu, anda juga tidak lagi perlu bersusah payah membawa kenderaan keluar hanya mahu membeli makanan, buat saja pesanan secara talian dan barangan tersebut akan di hantar terus ke pintu rumah.

Walau bagaimanapun, apabila menggunakan perkhidmatan penghantaran ini sudah tentunya anda tidak hanya membayar barangan sahaja tetapi anda juga perlu membayar kos servis yang ditawarkan.

Kebiasaannya kos perkhidmatan penghantaran bergantung kepada jarak penghantaran itu dilakukan. Lagi jauh destinasi yang dituju lagi mahal harga yang dikenakan.

Wanita terkejut dicas mahal oleh runner

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial mengenai seorang wanita yang terkejut apabila dikenakan cas yang mahal sewaktu menggunakan perkhidmatan runner di Kelantan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, awalnya wanita yang dikenali sebagai Mardhiah memaklumkan dia ingin mengetahui harga standard penghantaran di kawasan sekitar Kota Bharu.

Awalnya minta tolong belikan nasi untuk ibu yang sedang tak sihat

Ini kerana dia berasa terkejut selepas dikenakan cas yang mahal sebanyak RM50 untuk penghantaran makanan kepada ibu yang sedang sakit.

Menurut Mardhiah, dia telah menggunakan perkhidmatan runner tersebut untuk membeli nasi di kawasan sekitar pasar raya yang terletak di Sri Mutiara Kota Bharu.

“Nak dijadikan cerita. Mesej lah sorang runner ni minta tolong belikan nasi untuk umi saya.

“Saya agak terkejutlah tengok cas runner untuk beli nasi dan hantar ke umi saya,” kata Mardhiah.

Menurutnya, penghantaran itu daripada Kota Bharu ke Kubang Kerian yang jaraknya sekitar 8 kilometer (KM)

Dalam hantaran itu, Mardhiah turut berkongsi gambar tangkap layar perbualannya bersama penghantar tersebut.

Nasi berlauk RM7.50, cas penghantaran ketika musim cuti RM50

Kelihatan nasi berlauk ayam berharga RM7.50 manakala cas runner ketika musim hujan bernilai RM50 dan total yang perlu dibayar adalah RM57.

Selain itu, runner tersebut turut menunjukkan gambar nasi tersebut yang telah dihantar kepada ibu Mardhiah.

Melihat di ruangan komen, rata-rata memberikan pendapat bahawa harga yang dicas oleh runner tersebut adalah mahal.

Malah ada juga yang memberi cadangan untuk menggunakan perkhidmatan hantaran daripada syarikat terkenal seperti Grab, FoodPanda dan juga Lalamove.

“Mahalnya Kak Madi”

“Kalau RM50 tu bawa barang banyak berbaloi juga, tapi kalau sebungkus nasi RM50 terkejut juga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.