fbpx
Now Reading
“Respect Is Earned, Not Given” – Guru ‘Sound’ Pelajar Beri Komen Biadap Ketika Sesi Kelas Dalam Talian [Video]

“Respect Is Earned, Not Given” – Guru ‘Sound’ Pelajar Beri Komen Biadap Ketika Sesi Kelas Dalam Talian [Video]

Guru tuisyen berkenaan yang dikenali sebagai Sir Halim turut mempersoal pelajar terbabit adakah berbaloi untuk dia bersikap biadap terhadapnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu tugas yang mudah, pelbagai karenah dan gelagat pelajar-pelajar yang harus dihadapi dengan penuh kesabaran.

Maka tidak hairanlah guru merupakan antara pekerjaan yang dianggap mulia kerana memberi ilmu kepada pelajar-pelajar dengan penuh kesabaran.

Bagaimanapun, sebagai pelajar juga haruslah mengetahui tanggungjawab mereka untuk menunjukan rasa hormat kepada seseorang guru.

Tular pelajar beri komen gurauan melampau kepada guru ketika kelas tuisyen online

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar memberikan komen gurauan yang agak keterlaluan terhadap seorang cikgu yang sedang mengajar semasa sesi kelas tuisyen secara online.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @naufnl, komen pelajar tersebut menyebabkan guru yang dikenali sebagai Sir Halim atau Sir Koala itu tergamam dan memberhentikan seketika sesi pembelajarannya.

Pelajar tersebut memberi komen gurauan dengan mengatakan wajah Sir Halim seakan sama dengan pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima sehingga maut pada baru-baru ini.

“Sir (Halim), muka Sir macam pegawai yang langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) itu,” komen pelajar terbabit.

Sir Halim nasihat pelajar terbabit untuk menghormati guru

Susulan itu, Sir Halim yang tetap sabar dan bertindak profesional dalam menghadapi perkara tersebut telah memberi sedikit nasihat buat para pelajarnya untuk menghormati seorang guru.

“Apa yang saya nak bagitahu dekat sini adalah benda yang paling penting tentang hormat. Bagi saya ‘respect is to be earned, not to be given’.

“Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita, saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar, saya takut nanti bila saya sebut nama awak, awak malu.

“Nanti bila awak malu, awak akan tertekan dan tak akan belajar, lepas itu awak akan anxiety dan pada akhirnya awak akan meninggal dunia sebagai ‘failure’,” kata Sir Halim.

Dalam pada itu, Sir Halim turut mempersoal kepada pelajar terbabit sama ada berbaloi atau tidak untuk dia bersikap biadap terhadapnya sebegitu.

@naufnl

“Respect is to be earned, not to be given” – sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim

♬ original sound – naufnl – naufnl

Netizen setuju dengan nasihat yang diberikan Sir Halim

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh guru berkenaan.

Malah mereka turut menyatakan bahawa pelajar terbabit tidak sepatutnya melakukan gurauan sebegitu kerana adab dalam menuntut ilmu harus dijaga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.