“Good Boy” – Aksi Pelajar Bidang Pergigian Cabut Gigi Kanak-Kanak Jadi Perhatian Ramai [Video]
Melalui sebuah video, kelihatan Habib yang merupakan pelajar bidang pergigian menggunakan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut ketika memujuk seorang kanak-kanak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jangankan kanak-kanak, malah orang dewasa juga pasti akan takut apabila menyebut tentang doktor gigi.
Ini kerana rawatan yang diberi dianggap menyeramkan bagi kebanyakan individu hingga ada yang sanggup menahan kesakitan daripada mendapatkan rawatan.
Namun, aksi seorang pelajar bidang pergigian dari Universiti Malaya (UM) ketika merawat seorang pesakit kanak-kanak menjadi perhatian ramai hingga mengubah tanggapan sesetengah pihak mengenai doktor gigi.
Bercakap Menggunakan Bahasa Sopan & Lemah Lembut Dengan Pesakit
Menerusi hantaran video di akaun TikTok @tomato_12, individu yang dikenali sebagai Habib Firziq berkongsi kisah kehidupan dan tugasnya sebagai seorang pelajar bidang pergigian.
Perkongsiannya itu dilihat berjaya mengubah persepsi segelintir individu yang sebelum ini menganggap doktor gigi dan rawatan pergigian adalah sesuatu yang menakutkan.
Menerusi salah satu videonya yang telah mendapat tontonan lebih daripada 1.7 juta, Habib berkongsi cara dia merawat seorang kanak-kanak lelaki.
Melalui video tersebut, kelihatan Habib menggunakan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut bagi memujuk kanak-kanak berkenaan.
Malah, dia juga turut meminta izin sebelum memulakan rawatan kepada kanak-kanak lelaki itu.
“Kita cabut gigi bawah ni dulu boleh? Abang nak cabut ni boleh?
“Kalau sakit bagitahu eh, abang nak cungkil gigi dulu boleh?” kata Habib kepada pesakit ciliknya itu.
Beri Pujian Kepada Pesakit Kanak-Kanak
Pelajar bidang pergigian itu turut dilihat memuji pesakitnya setiap kali rawatan dibuat terhadap kanak-kanak tersebut.
Habib juga turut berjanji akan memberi aiskrim dan pelekat kepada kanak-kanak itu sebagai ganjaran sikap beraninya ketika menerima rawatan.
“Good boy, good boy,” puji Habib kepada pesakit ciliknya itu.
Video Rawatan Raih Pujian Ramai
Video yang dikongsikan nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata memuji tindakan dan layanan yang diberikan oleh Habib kepada kanak-kanak lelaki itu.
Ada segelintir yang turut membandingkan sikap sesetengah doktor gigi yang lain dan mengharapkan mereka mencontohi sikap Habib ketika memberikan rawatan agar persepsi negatif mengenai rawatan gigi dapat dihapuskan.
Berikut antara komen netizen:
Macam Ni Abang Cabut Gigi Saya Semua Pun, Saya Okay Je
Kalau Yang Umur 21 Tahun Dapat Aiskrim Juga Tak
Bestnya, Aku Sepanjang Hidup Jumpa Doktor Gigi Semuanya Garang, Kita Perlukan Orang Macam Ni
Kalau Macam Ni, Kau Hulur Kad Hijau Cabut Gigi Pun Aku Tak Takut
Doktor Gigi Yang Cabut Gigi Aku Semua Garang-Garang
Baca Artikel Berkaitan: Gigi Anak Rosak Dan Tak Cantik? Doktor Kongsi Bagaimana Berlaku & Cara Hindari Karies Botol Susu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gigi Kekal Tercabut? Ini 5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berjumpa Doktor