fbpx

Gigi Anak Rosak Dan Tak Cantik? Doktor Kongsi Bagaimana Berlaku & Cara Hindari Karies Botol Susu [Video]

Menurut Doktor Natashya ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak memberus gigi mereka khususnya sebelum tidur dan mengurangkan pengambilan makanan manis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu gigi rosak di kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang sering berlaku.

Malah ia juga berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya gigi tidak digosok seperti yang disarankan doktor, makan makanan yang manis, bakteria dan sebagainya.

Masalah ini sudah tentu akan membuatkan ibu bapa buntu dan tidak tahu bagaimanakah cara untuk mengatasi atau menghindari masalah ini daripada terus berlaku kepada anak-anak.

Ini kerana jika tidak dirawat dengan segera ia mungkin boleh merisikokan kesihatan si kecil.

Doktor gigi kongsi bagaimana karies botol susu boleh berlaku

Baru-baru ini, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr Natashya telah berkongsi mengenai karies botol susu yang menjadi salah satu punca gigi susu si kecil rosak.

Kerosakan disebabkan karies botol susu ini juga boleh menyebabkan gigi si kecil mereput sehingga tinggal tunggul sahaja.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, doktor itu telah menerangkan bagaimana masalah tersebut boleh berlaku pada gigi kanak-kanak.

Menurutnya, masalah itu kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai gigi susu dan masih menghisap botol susu.

“Jadi ibu bapa yang membiarkan anak mereka tidur dengan botol susu akan mendapat risiko lebih tinggi untuk dapat masalah karies susu ni.

“Proses ini kebanyakan berlaku apabila tidur disebabkan bakteria itu mendapat nutrien daripada susu untuk menghasilkan asid dan kemudian menyebabkan hakisan pada gigi,” katanya.

Jelas doktor itu lagi gigi yang akan terjejas untuk peringkat awal adalah di bahagian atas dan depan sebelum merebak ke bahagian lain.

Apabila hakisan tersebut menjadi warna kuning itu bermakna gigi berkenaan telah mula rosak dan karies menjadi aktif.

Hentikan susu sebelum tidur secara berperingkat bantu atasi masalah gigi rosak

Namun apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal masalah tersebut adalah perlu cuba untuk menghentikan susu sebelum tidur secara berperingkat.

“Ibu bapa juga perlu memastikan kanak-kanak itu memberus gigi terutama sekali sebelum tidur dan kurangkan mengambil makanan manis bagi mengelakkan berlakunya gigi mereput.”

Katanya gigi yang meremput sehingga tinggal tunggul sebenarnya berada pada fasa kronik.

Malah sekiranya ia turut melibatkan gigi di bahagian bawah itu bermakna keadaan gigi itu sudah terlalu kritikal kerana kebiasaannya ia akan terlindung disebabkan air liur.

“Oleh itu, ibu bapa di luar sana perlu menjaga gigi bayi apabila ia mula tumbuh seawal 6 bulan dan buat pemeriksaan berkala selain jangan membiarkan ia menjadi rosak,” ujar doktor gigi itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.