fbpx
Now Reading
Aksi Pelancong Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands Buat Ramai Geram

Aksi Pelancong Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands Buat Ramai Geram

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X), kelihatan kedua-dua orang pelancong wanita tersebut pada mulanya berjalan dipercayai di belakang sebuah homestay yang terletak di Kea Farm, Cameron Highland, Pahang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, Malaysia mempunyai keunikan dari segi destinasi pelancongan sedia ada di negara ini.

Sebut sahaja ke mana destinasi pelancongan yang anda mahu pergi, mahu ke pulau? Bercuti di hutan simpan atau ke kawasan yang sejuk? Segalanya ada di Malaysia.

Keunikan dan kepelbagaian inilah yang turut menarik minat pelancong luar negara untuk berkunjung ke negara ini berbanding negara asia yang lain.

Namun, ada di antara pelancong luar yang dilihat mengambil kesempatan dan mencemarkan kebersihan terutamanya di lokasi tumpuan pelancong.

Pelancong Buang Air Besar Di Belakang Homestay

Terbaharu, tular di Twitter (X) video seorang pelancong wanita melakukan perbuatan keji dengan membuang air besar di tengah jalan.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun @anthraxxx781, kelihatan kedua-dua orang pelancong wanita tersebut berjalan dipercayai di belakang sebuah homestay yang terletak di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang.

Pada mulanya, kedua-dua wanita berkenaan dilihat berjalan seperti biasa dan seolah-olah mencari sesuatu.

Namun, tindakan seorang wanita terus mencangkung dan membuang air besar di tengah jalan itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat.

Malah, rakan wanita berkenaan dilihat membantu wanita tersebut dengan menutup bahagian belakang rakannya ketika wanita itu membuang air besar.

Mereka kemudiannya dilihat membiarkan sahaja najis berkenaan di tengah jalan dan berlalu pergi tanpa berusaha untuk mencuci sisa najis tersebut.

Menurut netizen, pelancong berkenaan dipercayai dari China.

Video Undang Kecaman Netizen

Video itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka geram dan marah dengan tindakan pelancong tersebut yang selamba membuang air besar di tengah-tengah jalan.

Malah, ada yang pelik dengan tindakan wanita berkenaan yang tidak segan silu membuang air besar tanpa berusaha untuk mencari tandas berhampiran.

Berikut antara komen warganet:

“Pengotor Betul, Macam Tu Je Dia Berak”

“Senangnya Perjalanan, Rasa Nak Berak, Berhenti Terus Cangkung”

“Binatang Pun Berak Cari Tanah, Gali Kais Tutup”

“Padahal Longkang Tepi Tu Je, Kalau Dah Terdesak Sangat, Nak Juga Tengah Jalan”

“Selesa Pula Ye Dia, Lepas Berak Tak Basuh”

“Lain Macam Dia Punya Pengotor”

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Selamba Buang Air Besar Di Pantai, Ini Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Pencuri Di Indonesia Selamba Buang Air Besar Ketika Ditahan Dalam Kenderaan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.