fbpx
Now Reading
Kedai Nasi Kandar Mohon Maaf Kepada Pelanggan, Lambat Buka Kerana Solat Subuh

Kedai Nasi Kandar Mohon Maaf Kepada Pelanggan, Lambat Buka Kerana Solat Subuh

Permohonan maaf itu dibuat selepas ada segelintir pelanggan yang didakwa tidak berpuas hati dengan kedai berkenaan gara-gara lambat beroperasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan premis perniagaan antaranya seperti kedai makan mempunyai waktu operasi yang telah ditetapkan. Ia bertujuan bagi memudahkan pelanggan untuk datang dan membuat pembelian.

Amat jarang sekali kedengaran peniaga yang tidak membuka kedai mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan oleh mereka.

Namun siapa sangka, ada segelintir pemilik premis yang meletakkan solat sebagai perkara utama dan sanggup menutup kedai semata-mata mahu menunaikan ibadah.

Kedai Nasi Kandar Mohon Maaf, Buka Kedai Lambat 15 Minit

Menerusi hantaran yang dibuat melalui laman Facebook Rasmi Nasi Kandar Sulaiman, kedai berkenaan telah mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggan kerana beroperasi lewat daripada waktu yang telah ditetapkan.

Permohonan maaf itu dibuat selepas ada segelintir pelanggan yang didakwa tidak berpuas hati dengan kedai berkenaan gara-gara lambat beroperasi.

Menerusi hantaran tersebut, pihak mereka menjelaskan bahawa kelewatan membuka kedai disebabkan mereka memilih untuk solat Subuh terlebih dahulu.

“Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45 pagi. Kami buka lepas solat subuh jadi sekarang waktu lambat jadi terpaksa buka kedai pun agak lambat sedikit.

“Tetapi rasa kesian jugalah dengan pelanggan yang sudah pun beratur awal sebelum pukul 6.30 pagi. Ada juga beberapa orang macam tidak berpuas hati dengan kami.

“Minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat subuh. Jadi kalau waktu lambat, kedai pun kami akan buka lambat. Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti,” jelas mereka.

Difahamkan, kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang itu sepatutnya mula beroperasi pada jam 6.30 pagi hingga 3.00 petang.

Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45am. Kami buka lepas solat subuh jadi sekarang waktu…

Posted by Nasi Kandar Sulaiman on Saturday, 6 January 2024

Tampal Notis Di Pintu Untuk Makluman Pelanggan

Terbaharu, bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakpuasan hati pelanggan, pihak kedai telah mengambil inisiatif dengan menampal waktu operasi terbaharu di pintu premis.

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook milik mereka, kelihatan notis yang tertera ‘harap maaf, kedai buka 6.50 pagi setelah habis solat Subuh’.

Melalui hantaran itu juga, kedai berkenan turut menjelaskan bahawa pihaknya akan membuka premis lebih awal sekiranya waktu Subuh masuk lebih awal.

“Alhamdulilah semalam kita dah pun lekat notis ini. Harap lepas ini tiada isu pelanggan tidak berpuas hati. Tapi lepas ini kalau kata subuh awal kedai pun kita akan buka awal.

“Jom semua lepas ini kita solat subuh dulu di masjid agar subuh jadi seperti solat jumaat,” tulis mereka.

Alhamdulilah semalam kita dah pun lekat notis ini. Harap lepas ini tiada isu pelanggan tidak berpuas hati. Tapi lepas…

Posted by Nasi Kandar Sulaiman on Monday, 8 January 2024

Hantaran Dapat Perhatian Warganet

Permohonan maaf kedai berkenaan nyata mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji sikap pemilik dan pekerja kedai berkenaan yang mendahulukan ibadah berbanding hal dunia.

Namun, ada juga yang mencadangkan agar mereka sentiasa membuat pemakluman lebih awal kepada pelanggan bagi mengelakkan wujud rasa tidak puas hati dan salah faham.

Berikut antara komen warganet:

“Patut Selalu Pergi Makan Sedap, Allah Bagi Sedap Rupanya”

“Utamakan Yang Satu”

“Bagus Mamu, Harap Mamu Buat Notis Depan Kedai”

“Terbaik! Utamakanlah Solat, Itu Lebih Penting”

“Alhamdulillah, Semoga Sentiasa Murah Rezeki”

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Hussain Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Non-Muslim Bebas Jual Nasi Kandar Lauk Babi Kepada Orang Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.