fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 6 Tahun Iringi Jenazah Bapa Dengan Laungan Azan [Video]

Kanak-Kanak 6 Tahun Iringi Jenazah Bapa Dengan Laungan Azan [Video]

Menerusi video kelihatan dia cuba menahan tangisannya sewaktu melaungkan azan untuk mengiringi perjalanan akhir bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menjadi ibu bapa bukanlah suatu perkara yang mudah malah ia adalah tanggungjawab yang sangat besar.

Ini kerana selain membesarkan tugas mereka juga adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa dan juga agama sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT.

Adalah satu nikmat yang tidak terkata sekiranya ibu bapa itu dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah kerana anak-anak inilah yang akan mendoakan mereka apabila sudah tiada di dunia nanti.

Kanak-kanak laung azan iringi jenazah bapa

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Padang Hangus Chetok, Pasir Mas, Kelantan yang baru kehilangan bapa namun tindakannya telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Raja Zainab di TikTok, kelihatan kanak-kanak dipercayai berusia enam tahun itu sedang melaungkan azan.

Tidak lama selepas itu, dilihat orang ramai sedang membantu antara satu sama lain untuk mengangkat keranda jenazah bapa kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam van.

Kanak-kanak tersebut setia berada di sisi seorang lelaki yang mungkin ahli keluarganya. Namun apa yang meruntun jiwa, kelihatan wajahnya sedih seperti sedang menahan air mata sewaktu melaungkan azan tersebut.

Orang ramai tunggu sehingga azan selesai dilaungkan

Sebaik memasukkan jenazah ke dalam van kelihatan orang ramai menunggu sehingga azan selesai dilaungkan oleh kanak-kanak berkenaan.

“6 Januari 2024.. mendung dan sayu, si kecil enam tahun mengazankan perjalanan terakhir ayahnya,” tulis Raja Zainab.

Melihat di ruangan komen, Raja Zainab memaklumkan bapa kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia disebabkan kanser limfoma.

Namun arwah meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah dan kanak-kanak lelaki yang melaungkan azan itu merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik.

Perkongsian video tersebut turut menarik perhatian orang ramai yang sebak melihat kanak-kanak berkenaan.

Malah ada yang memuji arwah dan ibunya merupakan seorang yang hebat kerana berjaya membesarkan seorang anak yang soleh.

“Allahuakbar perginya seorang ayah yang hebat meninggalkan seorang anak yang soleh. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan disyurga Allah SWT”

“Ayah dengan ibu yang hebat. Hebat didikan kamu wahai si ayah, kamu meninggalkan anak yang soleh”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.