fbpx
Now Reading
Protest Mi Goreng Dibanjiri Taugeh, Lelaki Ini Dikecam Gara-gara Sepahkan Makanan

Protest Mi Goreng Dibanjiri Taugeh, Lelaki Ini Dikecam Gara-gara Sepahkan Makanan

Menurut lelaki terbabit, dia telah memesan mi goreng yang tidak diletakkan taugeh di dalamnya kepada pekerja kedai makan berkenaan, namun masih mendapat sayuran terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ada di antara kita yang tidak gemar makan sayur, kalau bukan diri sendiri, mungkin ahli keluarga yang lain mahupun rakan-rakan.

Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa yang lama untuk mengasingkan sayur daripada makanan agar tidak termasuk dalam mulut ketika makan nanti.

Maka tidak hairanlah kalau ada yang akan memesan makanan di restoran dengan pesanan tambahan ‘tak nak sayur’. Tapi kalau dah terdapat, terpaksalah asingkannya sendiri.

Tular lelaki sepahkan makanan atas meja kerana dapat sayuran yang tak diinginkan

Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini apabila dia sanggup bertindak menyepahkan makanannya di atas meja sebuah restoran gara-gara bengang pesanannya tidak dipenuhi.

Menerusi hantaran di laman Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia, lelaki terbabit mengatakan dia memesan Mi Goreng tanpa taugeh, namun makanan yang diterimanya masih mempunyai sayuran itu.

Sepahkan makanan dan taugeh sebagai tanda protes

Sebagai tanda protes yang dilakukan olehnya, lelaki tersebut sanggup bertindak membuang sisa mi goreng terbabit bersama taugeh di atas meja makan restoran berkenaan.

“Biasanya saya akan suruh masak semula. Tapi sebab kesian dengan kedai makan itu, perniagaan sendu pelanggan tiada, ini tanda protes,

“Kau bersihkan lah meja itu kak, lain kali dengar betul-betul, ‘no taugeh means no taugeh’. Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil order. Tapi tukang masak pelupa ke tukang ambil order tak dengar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen kecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai biadap

Perkongsian lelaki terbabit telah menerima pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial dan bukannya pujian seperti yang mungkin diharapkan olehnya.

Kebanyakan netizen menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai sesuatu yang biadap kerana dia boleh sahaja meminta makanan baru atau mengasingkan sendiri taugeh tersebut.

Tidak hanya itu, ada segelintir pengguna Facebook yang turut mempersoal adakah bahaya jika dia memakan sayuran terbabit sehingga sanggup bertindak demikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.