fbpx
Now Reading
Tular Video Pemain Bola Sepak Di Indonesia Maut Disambar Petir

Tular Video Pemain Bola Sepak Di Indonesia Maut Disambar Petir

Mangsa merupakan pemain FBI Subang dikenali sebagai Septian Raharja yang bermain dalam perlawanan persahabatan pada hujung minggu lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pemain bola sepak di Indonesia maut selepas terkena panahan petir semasa dia berada di tengah-tengah padang.

Menurut laporan CNN Indonesia, kejadian dikatakan berlaku di Stadium Siliwangi, Bandung pada Sabtu lalu (10 Februari).

Tular di media sosial video semasa kejadian berlaku

Video saat insiden pemain berusia 35 tahun itu tersambar petir di stadium turut tular di media sosial. Menerusi aplikasi X, ia merupakan antara carian utama di Indonesia sejak beberapa hari lalu.

Di dalam video tular itu, kelihatan pemain terbabit terus rebah selepas satu cahaya laju dipercayai petir menyambarnya.

Mangsa pemain FBI Subang, dikenali sebagai Septian Raharja

Ketika insiden pada hujung minggu lalu, mangsa, Septian Raharja yang merupakan pemain FBI Subang bersama pasukannya sedang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan.

Dipetik dari Detik.com pula, seorang saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai G menyatakan bahawa insiden itu berlaku pada pukul 3 petang.

“Pasukan saya dari Bandung, manakala pasukan mangsa dari Subang. Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang, mangsa meninggal dunia tersambar petir,” kata G.

Ketika mangsa disambar kilat, cuaca dalam keadaan baik hanya sedikit mendung

Menurut G, ketika petir menyambar mangsa, keadaan cuaca di sekitar Stadium Siliwangi masih cerah, namun awan mendung sudah mula kelihatan dari belah selatan dan timur stadium itu.

Jelasnya lagi, ketika perlawanan bermula 15 minit, petir pertama menyambar, namun terkena kepada tiang penebat petir atau alat panahan kilat dan tidak terus tersambar ke padang.

Beberapa minit kemudian, G berkata petir kedua muncul dan menyambar padang sekali gus membuat kedua-dua pasukan lawan terkejut dan terus meniarap.

“Selepas petir itu, semua langsung meniarap, termasuk mangsa. Setelah itu semua lari, tapi mangsa malah terus tertiarap dan tidak bangun,” katanya lagi.

Selepas menyedari pemain tersebut tidak sedarkan diri, mereka terus membawanya ke tepi padang stadium.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami luka berwarna hitam kemerahan di bahagian dada selain kasut bola yang dipakainya juga terbakar.

Mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia

Susulan itu, Septian kemudiannya dibawa ke Hospital Sariningsih dengan menggunakan ambulans. Tidak lama selepas itu, G mendapat maklumat bahawa mangsa dilaporkan telah meninggal dunia.

“Ketika dibawa ke hospital saya tak ikut, hanya menerima khabar daripada orang yang membawanya bahawa mangsa telah meninggal dunia,” ujar.

Terdahulu, menerusi video insiden yang tular itu, kelihatan Septian berjalan di atas padang sebelum disambar petir dan membuat pemain lain bergegas masuk untuk melihat keadaannya dengan ekspresi panik.

Kisah tragedi dan video tular berkenaan pemain bola maut tersambar petir itu turut mendapat perhatian sehingga ke media antarabangsa.

Pemain bola disambar petir bukan kejadian pertama berlaku

Sebagai info, ini bukanlah kejadian kali pertama pemain bola disambar petir ketika berada di atas padang.

Sebelum ini, pada 2023, seorang pemain bola sepak di Brazil telah disambar petir ketika sedang bermain di atas padang. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa berada di hospital.

Bahkan pada tahun sama, insiden serupa turut berlaku di Jawa Timur apabila seorang pemain remaja berusia 13 tahun maut ketika menjalani rawatan selepas disambar petir ketika beraksi di Piala Soeratin U13.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.