fbpx
Now Reading
“Tarik Plastik Siap-siap, Tak Jadi Takpa” – Gaya Lelaki Ini Berniaga Di Pasar Raih Perhatian Ramai [Video]

“Tarik Plastik Siap-siap, Tak Jadi Takpa” – Gaya Lelaki Ini Berniaga Di Pasar Raih Perhatian Ramai [Video]

Mulut manis peniaga terbabit menyebabkan warga emas bersama anak lelakinya itu membeli tiga paket maruku kacang pea pelbagai perisa dengan harga RM10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikannya sebagai salah satu punca rezeki utama mereka.

Maka tidak hairanlah sekiranya kini pelbagai taktik atau teknik pemasaran yang digunakan oleh usahawa-usahawan ini demi melariskan perniagaan.

Taktik lelaki jual maruku di pasar tarik perhatian ramai

Bagaimanapun, taktik jualan yang digunakan oleh seorang usahawan lelaki ini berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana ia disifatkan sebagai sesuatu yang berlainan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abangmaruku, kelihatan lelaki terbabit menjual maruku yang diperbuat daripada kacang pea dipercayai di sebuah kawasan pasar di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.

Berjaya tarik perhatian pelanggan di pasar

Anehnya, peniaga terbabit berjaya menarik perhatian seorang warga emas lelaki bersama anaknya yang sedang melintasi gerainya.

“Sat jangan pi mana, tengok baju terang elok kita bagi rasa dulu, kita nak bagi rindu. Pakcik jangan simpan dulu duit itu nanti susah nak bawa keluar.

“Maruku kacang pea saya buat sendiri, sedap. Asli kacang pea, rasa lemak kacang. Ada dua jenis, saya buat sendiri,” kata peniaga itu.

Pakcik terus beli tiga paket maruku kacang pea

Lebih menarik lagi, mulut manis peniaga terbabit juga menyebabkan warga emas bersama anak lelakinya itu membeli tiga paket maruku kacang pea pelbagai perisa dengan harga RM10.

“Ambil lah buat makan petang-petang nanti sambil tengok cerita Hindustan. Boleh campur, satu (paket) RM4 tiga paket RM10.

“Mai saya tarik plastik siap-siap, tak jadi (beli) takpa, tak akan saya nak marah. Ayah ke ni? Alhamdulilah ayah sihat lagi,” katanya lagi.

Netizen puji taktik berniaga lelaki terbabit, dakwa kebiasaanya digunakan orang dahulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji cara yang digunakan oleh peniaga terbabit untuk melariskan jualan marukunya.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendakwa bahawa teknik yang digunakan oleh lelaki terbabit kebiasaannya digunakan oleh para peniaga pada zaman dahulu yang disifatkan sebagai sesuatu yang ‘rare’.

Apa-apa pun, sifat kejujuran dalam berniaga yang paling penting. Semoga ‘Abang Maruku’ dan para peniaga di Malaysia dilimpahi dengan rezeki yang banyak oleh Allah SWT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.