fbpx
Now Reading
Masjid Di Kelantan Cari Imam Tarawih, Tawar Elaun RM6,000 Sebulan Ramadan Undang Perhatian Ramai

Masjid Di Kelantan Cari Imam Tarawih, Tawar Elaun RM6,000 Sebulan Ramadan Undang Perhatian Ramai

Rata-rata pengguna media sosial memuji pihak pengurusan masjid berkenaan kerana memberikan elaun yang tinggi kepada individu yang bakal mengetuai solat tarawih di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 11 atau 12 Mac 2024 ini.

Sepanjang bulan mulia ini, umat Islam perlulah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta nafsu melakukan dosa.

Tidak hanya itu, umat Islam juga disarankan untuk memperbanyakkan amalan seperti bersedekah dan mengerjakan solat sunat seperti solat Tarawih dan Witir di masjid secara berjemaah.

Maka tidak hairanlah di saat menjelang bulan Ramadan ini pasti akan ada sesetengah masjid yang mencari imam khusus untuk solat Tarawih.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Iklan cari imam di Facebook dapat perhatian ramai

Bagaimanapun, sebuah masjid di Kuala Krai, Kelantan telah meraih perhatian ramai selepas memuat naik iklan mencari imam di laman Facebook rasminya.

Masjid Tengku Muhammad Faris Petra itu telah menawarkan imam bagi solat Tarawih dengan kadar bayaran elaun yang lumayan.

Tawar elaun RM6,000 kepada imam solat Tarawih

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook masjid itu, kadar bayaran elaun yang ditawarkan oleh mereka adalah sebanyak RM6,000 untuk sebulan Ramadan.

“Pencarian Imam Tarawih sebulan Ramadan. Elaun RM6,000,” tulisnya dalam satu hantaran semalam (22 Februari).

Netizen beri pelbagai reaksi, ramai yang puji pihak pengurusan masjid

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh para pengguna Facebook setelah melihat ‘posting’ tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial juga turut memuji pihak pengurusan masjid berkenaan kerana memberikan elaun yang tinggi kepada individu yang bakal mengetuai solat tarawih di sana.

Sekadar info, anda yang berada di sekitar kawasan Kuala Krai dan berminat untuk menjadi imam solat Tarawih boleh menghantar resume ke email masjidtgfarispetra@gmail.com selewat-lewatnya pada 24 Februari ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.