fbpx
Now Reading
“Tak Perlu Belajar Engineering Untuk Faham” – Mat Salleh Persoal Jalan Selekoh Tajam Di Malaysia [Video]

“Tak Perlu Belajar Engineering Untuk Faham” – Mat Salleh Persoal Jalan Selekoh Tajam Di Malaysia [Video]

Dakwa lelaki yang dikenali sebagai George itu, kerajaan sedang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain, kerana selekoh tajam tersebut berisiko tinggi untuk terjadi kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang warga asing yang jumpa influencer dikenali sebagai George Yusuf yang mempersoal sebuah kawasan jalan yang didakwanya berbahaya untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @georgeyusuf, George menunjukkan sebuah kawasan jalan dipercayai di Utara Tanah Air yang didakwanya mempunyai selekoh tajam berbahaya.

“Saya ada soalan serius untuk rakyat Malaysia, kenapa jalan ini dibina dengan cara yang tidak boleh digunakan secara normal,” soalnya.

Lelaki warga Jerman persoal siapa yang perlu bertanggungjawab

George yang juga warga Jerman itu turut mempersoal siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kerana baginya spesifikasi pembinaan jalan seharusnya mudah untuk difahami.

“Anda tak perlu belajar kejuruteraan untuk tahu perkara ini, anda hanya perlu memandu sekali dalam seumur hidup kereta, motosikal atau basikal untuk tahu yang anda tak boleh ambil selekoh tajam dalam kelajuan tertentu.

“Saya memandu di jalan ini pada kelajuan 40 kilometer sejam (km/h), saya cuba berada dalam lorong dan ia tidak berhasil,” katanya.

Dakwa kerajaan membahayakan nyawa pengguna jalan raya

Menurutnya lagi, dia mendakwa kerajaan sedang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain, kerana selekoh tajam tersebut berisiko tinggi untuk terjadi kemalangan.

Malah, George yang telah menetap di Malaysia sejak dua tahun lalu menyatakan dia tidak percaya bahawa tiada sesiapa yang mempunyai masalah atau menyuarakan tentang masalah jalan tersebut.

Masalah tidak akan selesai jika tiada yang menyuarakannya

Dia percaya sekiranya tiada sesiapa yang menyuarakan tentang isu tersebut maka ia tidak akan diselesaikan.

Susulan itu, George berkata niatnya membuat video terbabit kerana ingin melihat perubahan yang dilakukan terhadap jalan berkenaan demi kebaikan bersama.

Menerusi semakan kami, George turut menyebut akaun TikTok rasmi Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pulau Pinang di ruangan kapsyennya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.