fbpx

“Ragam Bapa” – Dah Cantik Jahit Lencana Sekolah Tapi Rupanya Terjahit Dengan Seluar Sekali [Video]

Menjahit lencana sekolah pada uniform merupakan salah satu persiapan sekolah yang selalunya dibantu ibu bapa bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam menyambut sesi persekolahan yang baru sahaja buka minggu ini, orang ramai disajikan dengan pelbagai video hari pertama kanak-kanak di sekolah.

Ada yang melucukan dan mencuit hati seperti seorang kanak-kanak yang menangis kerana tidak mahu pulang ke rumah dari sekolah. Ada juga yang merisaukan seperti kes buli yang terjadi pada hari pertama persekolahan.

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]

Dalam persiapan persekolahan, ibu bapa pasti sibuk membuat persiapan bagi anak-anak, terutamanya yang masih bersekolah rendah.

Antara perkara yang perlu disediakan adalah menggosok uniform sekolah, membalut buku teks dan menjahit lencana serta nama pada uniform.

Tersalah Jahit Lencana Sekolah

Seorang pengguna TikTok (@faiziraid) telah memuat naik video yang menunjukkan dia baru sahaja selesai menjahit lencana sekolah pada kain tudung anaknya.

Melihat pada jahitannya, memang kemas dan cantik lencana itu terletak pada uniform sekolah.

Dia berkata pada mulanya lencana tersebut telah dijahit oleh isterinya. Akan tetapi, isterinya tidak berpuas hati dengan jahitannya yang senget.

Dia kemudiannya membantu untuk menjahit semula lencana tersebut. Dia berpuas hati dengan hasil jahitannya yang lebih kemas dan dirasakan cukup cantik baginya.

Namun, setelah mengangkat kain yang dijahitkan lencana ke atasnya, barulah dia perasan yang seluarnya turut terjahit sekali. Plot twist!

Ramai Orang Alami Pengalaman Sama

Perkara ini amat menggelikan hati orang ramai. Menjenguk ke ruangan komen, rupa-rupanya ‘kes’ tersalah jahit dengan pakaian sendiri ini perkara yang biasa berlaku.

Seorang ibu berkata dia turut terjahit seluarnya sekali sewaktu menjahit lencana sekolah. Namun dia memilih untuk ‘mengorbankan’ seluarnya memandangkan jahitan lencana tersebut sudah cantik.

“Jangan lupa pengorbanan seluar ibumu, nak,” seloroh seorang individu.

Ada pula yang berkata dia pernah tersalah jahit lencana pada bahagian dalam uniform.

Sementara itu, beberapa orang individu menganggap dia telah menjahit lencana secara terbalik sebelum mengetahui perkara yang sebenar.

Seorang pengguna TikTok berseloroh lencana yang dijahit sekali pada seluar adalah untuk ‘keselamatan’ agar tudung sekolah itu tidak hilang. Ia disambut pula seorang lagi yang berkata, “Anak sekali tak hilang. Duduk rumah je sebelah bapa”.

Netizen Kongsi Cara Lain Untuk Lekat Lencana

Dalam pada keceriaan netizen dengan situasi yang menggelikan hati itu, beberapa orang turut mengambil kesempatan berkongsi cara lain untuk memasang lencana pada uniform sekolah anak.

Menurut mereka, lencana sekolah tidak semestinya dijahit, tetapi boleh menggunakan kaedah lain yang akan memastikan ia melekat pada uniform.

Seorang individu mencadangkan agar menggunakan gam kain yang kemudiannya digosok menggunakan seterika. Menurutnya, lencana yang ditampal menggunakan kaedah ini dapat bertahan selama enam tahun.

Jika tidak jumpa gam kain, ada juga individu yang mencadangkan agar menggunakan gam UHU atau pita dua muka (double-sided tape). Apapun, kena ‘iron’ lencana lepas letakkan gam atau pita itu.

Tips Jahit Lencana Sekolah

Di samping itu, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi tips menjahit lencana sekolah pada uniform.

Untuk mengelakkan daripada terjahit dengan benda atau kain lain di bahagian bawah, lapikkan kain uniform dengan benda keras seperti penutup bekas makanan sewaktu menjahit lencana.

Selain itu, bagi memastikan lencana sekolah dijahit dengan betul dan tidak senget, pakaikan dahulu tudung atau uniform sekolah pada anak.

Letakkan lencana dan sematkan ia dengan jarum peniti atau pin. Setelah tudung atau uniform ditanggalkan, barulah lencana dijahit seperti biasa.

Paling senang sebenarnya, hantar sahaja pada tukang jahit untuk diminta jahitkan. Namun harganya boleh mencecah sehingga RM5 setiap baju di Kuala Lumpur. Mahal juga ya!

Baca Artikel Berkaitan: “Arahan Kantin Sekolah Dibuka Ketika Ramadan Seperti Tak Hormat Bulan Puasa” – Ketua Dewan Ulama PAS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.