fbpx
Now Reading
Solat Tarawih Di Rumah Tapi Tak Selawat & Wirid? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]

Solat Tarawih Di Rumah Tapi Tak Selawat & Wirid? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]

Jika di masjid, pasti akan ada bacaan selawat dan wirid bacaan ayat al-Quran tertentu ketika memulakan dan di antara solat tarawih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Solat Tarawih dan Witir merupakan antara salah satu ibadah sunnah yang dilakukan pada malam hari sepanjang bulan Ramadan. Ibadah ini kebiasaannya akan dilakukan selepas solat fardu Isyak.

Kebanyakan umat Islam akan mengerjakan solat Terawih dan Witir secara berjemaah di masjid. Bagaimanapun, ada juga yang melakukannya di rumah secara bersendirian atas sebab-sebab tertentu.

Jika di masjid, pasti akan ada bacaan selawat dan wirid bacaan ayat al-Quran tertentu ketika memulakan dan di antara solat tarawih. Namun, apakah hukum jika tidak menghafal dan mengamalkannya ketika solat sendirian di rumah?

Berzikir selepas solat dua rakaat Tarawih bukan perkara wajib

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI menjelaskan bahawa berzikir selepas solat dua rakaat Tarawih bukanlah sesuatu perkara yang wajib untuk dilakukan.

“Nabi sebut secara umum, maka kerana itulah ulama-ulama menjelaskan tidak ada satu pun ketetapan mesti berzikir atau bersitighfar atau berselawat antara rakaat-rakaat Tarawih,” jelasnya.

Solat Tarawih tetap sah kalau tak selawat dan wirid

Susulan itu, UAI menjelaskan hukum bagi solat sunat Tarawih yang dilakukan tanpa membaca selawat dan wirid adalah sah.

“Maknanya (contoh), ‘Assalamualaikum Warahmatullah, Assalamualaikum Warahmatullah’, diam saja ramai-ramai (jemaah) mendengar sambil bersandar di masjid, dua minit (selepas itu) bangun sambung solat,” jelasnya lagi.

Secara ringkasnya, solat sunat Tarawih dan Witir yang dilakukan di rumah mahupun di masjid tetap sah hukumnya meskipun kita hanya berdiam ketika imam dan jemaah-jemaah lain berselawat dan wirid.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda untuk terus memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.