fbpx
Now Reading
“Adik Sayang Dhabit” – Video Budak Perempuan Pujuk Rakan Bukakan Pagar Sekolah Cecah Sejuta Views

“Adik Sayang Dhabit” – Video Budak Perempuan Pujuk Rakan Bukakan Pagar Sekolah Cecah Sejuta Views

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut memaklumkan bahawa anaknya telah lama mengenali Dhabit yang merupakan rakan kepada abangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan bermulanya sesi persekolahan baharu, bukan sahaja sekolah rendah dan menengah yang dibuka, begitu juga pra-sekolah seperti tabika dan tadika. Lagi macam-macam gelagat kanak-kanak kecil di pra-sekolah!

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dimuat naik oleh seorang ibu, Sara (@thebulkyglints), menunjukkan anak perempuannya yang menangis kerana tidak ingin bersekolah.

Kanak-kanak terbabit tidak meminta tolong cikgu, sebaliknya meminta kepada rakannya untuk membuka pagar sekolah agar dia dapat pulang ke rumah.

“Buka pagar! Please…” pujuknya pada seorang kawan sambil menangis.

Dia siap memujuk rakannya itu berkali-kali, yang hanya duduk tersengih di sebelahnya. Tidak lama kemudian, kanak-kanak perempuan itu yang digelar Hana, memujuk rakannya dengan perkataan ‘sayang’ pula.

“Adik sayang Dhabit,” kata kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkan rakannya tersipu malu. Comel betul!

@thebulkyglints

Sampai malu kawan tu aok suruh dia bukak pagar siap cakap sayang lagi. Pandai aok ye hahahahahah #sekolah #lawakmalaysia

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Netizen Terhibur Tengok Telatah Hana

Kecomelan dan telatah kanak-kanak tersebut menyebabkan video itu menerima lebih satu juta tontonan di TikTok. Bukan itu sahaja, ia turut dihujani dengan ribuan komen daripada netizen.

Seorang individu berkata telatah Hana adalah seperti dirinya sewaktu di tadika dahulu. Siap minta tukang masak tolong hantar balik ke rumah!

Beberapa individu lain pula berseloroh tentang pujuk rayu Hana terhadap Dhabit yang menyebabkan dia menjadi ‘cair’.

“Jangan mudah cair dik. Ini memang modus operandi dia orang (kaum wanita) sejak zaman-berzaman lagi,” nasihat seorang lelaki.

Ada juga para ibu yang berseloroh agar anak perempuan tidak terlalu dimanjakan kerana anak lelaki mereka akan ‘terseksa’ seperti Dhabit. Adui, macam-macam.

Dhabit Kanak-Kanak Paling Tinggi Dalam Kelas

Menerusi penerangan Sara di ruangan komen, sebenarnya kedua-dua kanak-kanak itu mengenali sesama sendiri kerana Dhabit merupakan rakan kepada abang Hana.

Hana juga sebelum itu telah meminta seorang pembantu tadika untuk membuka pagar tersebut namun ianya tidak dilayan, menyebabkan dia merayu kepada Dhabit pula.

Malah, Dhabit juga merupakan kanak-kanak yang paling tinggi dalam kelas. Oh, sebab itulah Hana minta tolong dia ya? Pandai betul!

Di samping itu, seorang Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) berkata minggu pertama masuk tabika ‘best’ sebab dapat tengok pelbagai gelagat kanak-kanak.

Minta Tolong Pembantu Tadika Hantar Balik Rumah

Telatah Hana tidak terhenti di sana. Dalam satu hantaran video lain, Hana meminta seorang pembantu tadika digelar ‘aunty’ pula untuk menghantarnya pulang ke rumah menaiki motosikal.

“Adik tak suka minum air,” kata Hana apabila disuruh minum air oleh ‘aunty’ kerana risau tekaknya sakit akibat menangis.

Pembantu tadika tersebut siap memintanya berjanji untuk jangan menangis lagi dan senyum, barulah akan dihantar balik.

“Boleh tak aunty hantar naik motor?” tanya Hana.

@thebulkyglints

Replying to @malleyazid Kesinambungan sketsa sebelum balik dari sekolah. siap suruh anty hantar balik naik motor 😂#lawak #sekolah #lawakmalaysia #fyp

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Nak Balik Sebab Rindu Umi

Menerusi satu video lain, akhirnya Hana berhenti menangis setelah diambil oleh ibunya.

Sara bertanya kepada anak perempuannya itu mengapa dia menangis. Rupa-rupanya dia menangis sebab mahukan dan rindu ibunya.

“Nak umi. Sebab adik rindu,” katanya manja sewaktu di dalam kereta.

Sampai tertidur Hana dalam kereta. Letih ya pergi sekolah?

@thebulkyglints

Replying to @thebulkyglints REPOST PART 2. sorry. video sebelum ni terpaksa delete sebab ada muka anak2 yang lainn. #lawak #sekolah #lawakmalaysia #fyp

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.