fbpx
Now Reading
Penguat Kuasa Serbu Restoran, Lelaki Lari Lintang Pukang Bawa Plastik Hitam [Video]

Penguat Kuasa Serbu Restoran, Lelaki Lari Lintang Pukang Bawa Plastik Hitam [Video]

Bahkan segelintir pengguna media sosial mendakwa lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di hadapan restoran terbabit kerana terlalu takut ditangkap pihak penguatkuasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak masuknya bulan Ramadan pada 12 Mac lalu, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sudah mula mengerjakan ibadah puasa.

Namun, tidak dinafikan juga masih ada segelintir yang enggan berpuasa dengan sengaja seolah-olah tidak mengetahui bahawa rukun Islam ketiga itu wajib dilakukan.

Susulan itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Negeri pasti akan melakukan operasi ‘Ops Plastik Hitam’ setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Tular di media sosial lelaki lari bawa plastik hitam

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berlari sambil membawa plastik hitam dipercayai berisi makanan.

Lebih mencuri tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun TikTok @tripleaaa00 itu memaparkan lelaki terbabit berlari lintang pukang dalam keadaan masih memakai topi keledar.

Bahkan segelintir pengguna media sosial mendakwa lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di hadapan restoran terbabit kerana terlalu takut ditangkap pihak penguat kuasa.

Dipercayai berlaku di Perak, Ops Geng Plastik Hitam JAIPk

Difahamkan, kejadian ini berlaku di salah sebuah restoran di Perak melibatkan operasi ‘Ops Geng Plastik Hitam dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran’ yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Tinjauan kami di Facebook turut mendapati bahawa operasi itu telah dilakukan pada semalam (14 Mac) di sekitar Chemor, Chepor dan Meru.

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan kesahihan bahawa lelaki terbabit melarikan diri kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa susulan tidak berpuasa.

Banyak kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan, rugi kalau tak amalkan

Bulan Ramadan bukan sahaja bulan di mana kita sebagai umat Islam menahan diri daripada lapar dan dahaga di siang hari, tetapi terdapat banyak lagi keistimewaan dan kelebihannya.

Mengikut hadis sahih yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ramadan merupakan bulan ketaatan, syaitan dan jin akan diikat dan pintu neraka pula ditutup manakala pintu syurga dibuka.

Selain itu, Ramadan juga merupakan bulan keampunan di mana umat Islam yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keredhaan akan dihapuskan dosanya yang terdahulu.

Banyak lagi kelebihan berpuasa di bulan Ramadan ini, maka rugilah jika kita mensia-siakannya demi memenuhi nafsu gastronomi yang hanya datang sementara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.