Seronok Sangat BerTikTok Di Masjid, Wanita Jatuh Tersembam Hingga Dahi Benjol [Video]
Video berdurasi 15 saat itu kemudiannya mendapat perhatian ramai sekali gus meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, kebanyakan remaja pada zaman ini mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu trend di media sosial.
Lebih membimbangkan, ada yang sehingga sanggup mengetepikan soal keselamatan atau sensitiviti semata-mata ingin mengikuti trend tersebut.
Tular wanita dahi benjol selepas buat trend TikTok di masjid
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang cedera di dahi selepas dia bersama rakannya melakukan trend ‘Ramadan Tiba Joget’ di aplikasi TikTok.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ulllzang, kejadian itu berlaku di salah sebuah masjid di Indonesia dipercayai ketika waktu solat Tarawih.
“Sebenarnya ini sudah tular di akaun (TikTok) rakan saya, tapi tak apa saya tunjukkan lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tiba-tiba jatuh tersembam ketika ingin mula berjoget
Berdasarkan video tersebut, wanita itu yang baru mahu melakukan gerak-geri tarian mengikut rentak lagu Ramadan Tiba versi remix secara tiba-tiba jatuh tersembam ke lantai.
Susulan itu, rakannya dengan segera mendapatkan wanita berkenaan yang sedang tertiarap di lantai dan memeriksa keadaannya.
Dahi terus bengkak akibat terhentak pada lantai
Apa yang mengejutkan, kelihatan dahi wanita itu bengkak akibat kepalanya yang terhantuk di lantai masjid semasa terjatuh selain matanya juga turut berair dipercayai kerana kesakitan.
Pun begitu, impak hentakan yang menyebabkan dahinya benjol tidak dianggap serius bagi mereka apabila kedua-dua wanita terbabit kelihatan hanya tertawa selepas kejadian.
Video berdurasi 15 saat itu kemudiannya mendapat perhatian ramai sekali gus meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Netizen tak dapat bayangkan kesakitan yang dialami wanita itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok menyatakan mereka tidak dapat membayangkan kesakitan yang dialami oleh wanita itu.
Malah, ada juga netizen yang memberi nasihat bahawa jangan terlalu bergembira terutamanya ketika berada di rumah Allah SWT apatah lagi di bulan Ramadan dengan perkara-perkara tidak bermanfaat sebegini.