fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Selepas Tahu Ini Rupanya Pemilik Suara Dalam MRT – “Stesen Berikutnya…” [Video]

Ramai Teruja Selepas Tahu Ini Rupanya Pemilik Suara Dalam MRT – “Stesen Berikutnya…” [Video]

Wanita terbabit dikenali sebagai Suehaily Abdullah yang tidak asing lagi dalam dunia ‘voice-over’ (VO) di televisyen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT amatlah penting bagi kebanyakan orang yang ingin pergi dan balik daripada kerja.

Selain memudahkan untuk ke tempat kerja, pengangkutan seperti LRT dan MRT juga kebiasaannya digunakan untuk bersiar-siar.

Pun begitu, pasti ramai yang tidak mengetahui siapakah individu di sebalik pemilik suara pengumuman perjalanan MRT yang akan berhenti di setiap stesen?

Atilia Haron dedah pemilik suara pengumuman dalam MRT

Pemilik suara sebenar pengumuman di dalam MRT itu mula didedahkan oleh penyanyi terkenal Atilia Haron menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya pada baru-baru ini.

Atilia yang sememangnya cukup terkenal dengan lagu ‘paddle pop’, Malaysia Truly Asian dan banyak lagi telah menunjukkan seorang wanita yang berada di sebelahnya.

Apa yang mengejutkan, suara wanita tersebut sememangnya sama seperti pengumuman yang kebiasaannya kita dengari di dalam MRT.

“Stesen berikutnya, TTDI, next station, TTDI,” ucap wanita itu sambil tersenyum.

@atiliaharon

Someone tag Suhaili pls. I love her ❤️

♬ original sound – Atilia Haron – Atilia Haron

Suehaily Abdullah pernah menjadi pembaca berita RTM

Wanita hebat itu dikenali sebagai Suehaily Abdullah yang tidak asing lagi dalam dunia ‘voice-over’ di televisyen.

Memetik The Hype, Suehaily juga sebelum ini merupakan seorang wartawan penyiaran untuk NTV7 dan pembaca berita di RTM sebelum menjadi pengalih suara (voice-over talent) sepenuh masa.

Ramai teruja, baru tahu pemilik suara sebenar

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna MRT teruja kerana ini kali pertama mereka dapat melihat rupa pemilik suara yang selama ini menemani perjalanan mereka ke tempat kerja.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menyatakan perasaan mereka seperti berada di dalam MRT semasa sedang mendengar suara Suehaily.

Sebagai info, sebelum ini, suara individu di sebalik pengumuman LRT adalah milik Datuk Yasmin Yusuff yang juga seorang bekas Miss Universe Malaysia pada tahun 1978.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.