Mat Rempit Sempat Berpaut Pada Motosikal Rakan Sebelum Jatuh Ke Atas Jalan [Video]
Menerusi video kelihatan jelas mangsa sempat berpaut pada motosikal rakannya yang sedang membuat aksi superman di lorong kiri sebelum mengheretnya beberapa meter.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Saban hari ada sahaja video tular memaparkan berbahaya yang dilakukan oleh beberapa kumpulan mat rempit.
Malah kumpulan mat rempit ini langsung tidak memikirkan tindakan mereka itu boleh membahayakan pengguna jalan raya lain apabila dengan selamba melakukan aksi tersebut di lebuh raya.
Mereka dengan selamba turut melakukan aksi superman atau ‘wheelie’ dan juga zic zac semasa berada di jalan raya.
Mat rempit jatuh ketika rakan-rakan buat aksi superman
Baru-baru ini, tular satu video di X (Twitter) memaparkan sekumpulan mat rempit di sebuah lebuh raya yang melakukan aksi superman sebelum salah seorang rakannya kemalangan.
Menerusi video tersebut mangsa pada mulanya berada di laluan tengah sebelum motosikal menghimpit rakan yang sedang membuat aksi superman di lorong kiri.
Sempat berpaut pada motosikal rakan dan diheret beberapa meter
Mangsa bagaimanapun dilihat sempat berpaut pada motosikal rakan sebelum diheret beberapa meter bersama motosikal miliknya. Kelihatan motosikal tersebut turut mengeluarkan percikan api disebabkan bergesel pada jalan raya.
Dalam video tersebut turut dilihat perakam cuba meminta rakannya untuk memberhentikan motosikalnya di bahu jalan.
Sebaik motosikal berjaya diberhentikan kelihatan rakan-rakan segera mendapatkan mangsa yang sedang terbaring di bahu jalan untuk melihat keadaaanya.
Lama jugak gayut….. pic.twitter.com/G8vqjjWJjf
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 31, 2024
Ramai kecam tindakan berbahaya kumpulan mat rempit yang menyusahkan pengguna jalan raya lain
Melihat di ruangan komen perkara itu bagaimanapun telah mengundang kecaman netizen yang merasakan aksi dilakukan kumpulan itu sangat bahaya.
Malah tidak kurang juga ada yang memerli tindakan kumpulan terbabit yang menyusahkan pengguna jalan raya lain apabila berlakunya kemalangan disebabkan aksi yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa dilaporkan.