
“Nak Check Lesen Je” – Mat Rempit Gelabah Ditahan, Sanggup Lawan Arus & Tinggal Motor Tepi Jalan [Video]
Untuk pengetahuan ramai, menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan orang pasti akan merasa takut dan gugup secara tiba-tiba apabila berhadapan dengan pihak berkuasa, tak kiralah sama ada melakukan kesalahan ataupun tidak.
Namun, itu bukanlah alasan untuk kita menghalang tugas mereka yang menjaga keamaan negara dengan melarikan diri sehingga menyusahkan pihak berkuasa dan orang lain.
Tular video kejar-mengejar anggota penguatkuasa dengan penunggang motosikal
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video adegan kejar-mengejar di antara seorang anggota penguatkuasa dipercayai Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan seorang penunggang motosikal dipercayai mat rempit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter @twtcctv, kelihatan kejadian tersebut bermula apabila anggota penguatkuasa itu mengekori ramaja lelaki terbabit yang sedang menunggang motosikal jenis skuter berwarna kuning.
Ditahan hanya untuk pemeriksaan lesen, tapi melarikan diri
Setibanya di sebuah kawasan, anggota penguatkuasa tersebut menahan penunggang terbabit untuk memeriksa lesen memandu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba penunggang terbabit melarikan diri daripada anggota tersebut dengan memecut motosikal ditungganginya.
“Abang nak check (periksa) lesen saja adik, tapi adik ajak main kejar-kejar pula,” tulisnya di dalam video.
Tindakan melarikan diri dari ditahan menyusahkan pengguna jalan yang lain
Menerusi rakaman video, tindakan lelaki terbabit menunggang secara melulu selain melawan arus tidak hanya membahayakan dirinya, sebaliknya menyusahkan juga pengguna jalan raya lain dan anggota penguatkuasa sekiranya berlaku kemalangan.
Anggota penguatkuasa itu pada awalnya ketinggalan di belakang, namun ketika berada di jalan besar dia berjaya mengejar kembali penunggang motosikal terbabit.
Sanggup tinggal motor tengah jalan demi melarikan diri
Penunggang terbabit akhirnya memberhentikan motosikalnya setelah dihimpit anggota tersebut sebelum bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di tengah jalan.
Power siot budak ni. Polis pun kalah 😮😮 pic.twitter.com/cyGgM9u9pZ
— twt cctv (@twtcctv) May 23, 2023
Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter, di mana rata-rata mengecam tindakan penunggang motosikal itu yang enggan memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasa terlibat.
Malah tindakan lelaki tersebut melarikan diri juga disifatkan sebagai merugikan dan hanya memakan diri apabila terpaksa berhadapan dengan tindakan yang lebih keras.
ah bodoh.. no plate dah dpt.. motor dah dpt kena sita lg .. kena saman lagi kena dakwa lagi cubaan melarikan diri dr di tahan dan memberikn risiko kpd penjawat awam menjalankan tugas … habis la ko dik
— Travel Log Asia (@dddykool) May 24, 2023
Takda lesen, bayar 300. Ni dok lari la apa la. Satgi kena tahan masuk lokap pulak. Kena denda lagi. Motor pun kena sita. Tak ke jadi lagi bodo.
— Affendi 🫥 (@akmalaffendi) May 24, 2023
Kau lari dari JPj/Polis xkan menyelesaikan masalah pun dik, lagi teruk kau kena dikk. So fikir la masak2 kalau nak bawak motor ke jalanraya pasni. Lesen IC Roadtax Helmet motor ikut spec please make sure cukup lengkap yaaaa 🫡
— Amirrul ✨ (@nick_amirrul) May 24, 2023
Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana halang penjawat awam bertugas
Untuk pengetahuan ramai, menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.