fbpx
Now Reading
Citarasa Tradisi Ramadan Di Avillion Admiral Cove Bawa Selera Kampung Untuk Pilihan Ramai [Review]

Citarasa Tradisi Ramadan Di Avillion Admiral Cove Bawa Selera Kampung Untuk Pilihan Ramai [Review]

Selain menawarkan harga yang berpatutan, kami juga jatuh cinta dengan kambing golek dan sate ayam yang sedap serta lembut apabila dimakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila tibanya Ramadan bukan hanya bazar sahaja yang sering dinantikan orang ramai tetapi ada juga segelintir memilih untuk bufet makanan.

Yelah adakalanya teringin juga nak ubah selera dengan mencuba pelbagai jenis makanan serta pencuci mulut selain daripada memasak. Hari-hari memasak jemu juga so apa kata try bufet Ramadan pula.

Macam yang semua tahu bufet Ramadan di hotel atau restoran kebiasaannya menawarkan pelbagai jenis juadah.

Citarasa Tradisi Ramadan di Avillion Admiral Cove Port Dickson

Baru-baru ini, BuzzKini telah berkesempatan untuk mencuba bufet Ramadan ‘Citarasa Tradisi Ramadan’ di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apabila sebut sahaja Port Dickson pasti anda sudah terbayang pemandangan laut bukan? Ini yang menarik di Avillion di mana anda boleh berbuka puasa sambil melihat pemandangan yatch di tepi laut.

Haa bila sebut tentang yatch ada yang menyangka tentu harganya mahal dan sesuai untuk golongan yang berada sahaja.

Ini berita baik buat anda kerana meskipun pemandangannya cantik tetapi harganya sangat berpatutan iaitu RM85 untuk dewasa, RM72 untuk warga emas manakala untuk kanak-kanak pula RM42.

Kesemua harga yang diletakkan adalah tetap dan tawaran ini mula berlangsung sejak 14 Mac sehingga 7 April tahun ni.

Avillion bawa konsep makanan lauk kampung untuk pengunjung

Selain pemandangan yang cantik, bufet Ramadan di Avillion Admiral Cove turut menawarkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan tradisional daripada lauk-pauk sehinggalah ke pencuci mulutnya.

Antara menu menarik yang dihidangkan adalah”

  • Kari ikan
  • Nasi minyal
  • Sotong Kam Heong
  • Sayur goreng
  • Pelbagai jenis kerabu
  • Rendang daging kawah
  • Ulam-ulaman
  • Bubur Lambuk
  • Sup bakso
  • kuetiau goreng

Selain juadah ini, mereka turut menawarkan makanan lain yang sering menjadi pilihan ramai setiap kali tibanya Ramadan seperti:

  • Kambing Golek
  • Sate ayam bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang
  • Sosej bakar
  • Mee Jawa
  • Roti John
  • Apam Balik
  • Cucur sepeti cekodok pisang, cucur bilik dan keladi
  • Pencuci mulut seperti puding, kek, buah-buahan dan banyak lagi.
  • Red Ruby
  • Bubur Sagu

Daging kambing cair dalam mulut

Melalui pengalaman kami sewaktu menikmati bufet Ramadan di sini tidak dinafikan kebanyakan makanan nampak menyelerakan khususnya kambing golek.

Daging kambing golek yang dibakar sangat lembut malah apabila dimakan bersama kuah lada hitam ia satu kombinasi yang ngam! Malah ia seperti cair sebaik masuk ke dalam mulut.

Manakala bagi lauk pauk yang dihidangkan dapat dilihat ia bersesuaian dengan selera pelbagai golongan seperti kanak-kanak dan juga warga emas di mana mungkin ada kurang makan makanan terlalu pedas.

Bagi warga emas pula, pastinya seksyen kerabu dan ulam-ulaman menjadi pilihan utama kerana ia sesuatu yang sihat dan mengingatkan mereka suasana seperti di kampung.

Pencuci mulut turut jadi perhatian

Bukan hanya itu, hidangan pencuci mulut seperti puding dan buah-buahan yang segar dan sedap terutama apabila perut sudah terisi dengan pelbagai makanan.

Ia seperti membangkitkan semula rasa dengan sesuatu yang sedikit manis dan menyegarkan.

Apabila bercakap tentang reviu makanan ini, memang amat subjektif dan umum mengetahui setiap orang ada citarasa yang berbeza.

Ini kerana terdapat beberapa menu pencuci mulut yang tidak berapa digemari oleh team kami. Secara keseluruhan untuk pencuci mulut kami bagi 6/10.

Bagi makanan yang lain kami mendapat pengalaman yang menarik kerana selain harga berpatutan dan makanan enak. Kami juga dapat menikmati pemandangan yang eksklusif di tepi laut serta persembahan nyanyian lagu tradisi selepas berbuka puasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.