fbpx
Now Reading
“Kesian Budak Tahfiz Tu” – 2 Imam Tarawih Terima Elaun RM100 Sahaja Undang Perhatian Ramai

“Kesian Budak Tahfiz Tu” – 2 Imam Tarawih Terima Elaun RM100 Sahaja Undang Perhatian Ramai

Jelas seorang lelaki, dua penuntut sebuah madrasah itu hanya menerima elaun sebanyak RM100 sahaja selepas 27 hari berkhidmat sebagai imam Tarawih di sebuah surau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui salah satu perkara yang membuatkan umat Islam berasa teruja dengan bulan Ramadan adalah mereka sekali lagi berpeluang untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

Bagi imam solat Tarawih pula, mereka bukan sahaja dapat ganjaran pahala kerana memimpin makmum yang lain, malah golongan itu juga akan menerima elaun atas usahanya.

Memetik Astro Awani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini telah menetapkan kadar elaun bulanan RM850 buat imam di seluruh negara. Bagaimanapun, masih ramai di luar sana mendapat elaun yang lebih rendah daripada itu.

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Di Kelantan Cari Imam Untuk Solat Tarawih Sepanjang Bulan Ramadan, Siap Tawar Elaun RM6,000


Dua Imam Tarawih Terima Elaun RM100 Sahaja

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Facebook apabila seorang bapa dikenali sebagai Rozaimi Kamaruddin mendedahkan satu perkara yang terjadi kepada dua orang rakan anaknya.

Jelas lelaki tersebut, rakan anaknya yang menuntut di sebuah madrasah merupakan imam Tarawih di sebuah surau iaitu dengan memimpin solat sebanyak 20 rakaat sepanjang 27 hari.

Namun begitu, mereka hanya diberikan elaun sebanyak RM100 sahaja oleh pihak pengurusan surau. Lebih memilukan adalah rakan-rakannya lain mendapat sehingga ribuan ringgit. Jauh berkali-kali ganda daripada jumlah RM100 yang diterima.

Allahu sedihnya, nangis aku. Katanya koyak (sedih) teruk jugak kawan dia tu, ye la budak lagi kan.

Rozaimi.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Facebook Ahmad Nazrul

“Hampir Sebulan Tabur Bakti”

Tambah Rozaimi menerusi perkongsian sama, dia tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengecam mana-mana pihak, sebaliknya berasa kesian melihat nasib dua orang kanak-kanak yang mendapat layanan sebegitu rupa.

Usaha gigih penuntut madrasah itu dalam menjadi imam Tarawih dikatakan wajar untuk mendapatkan elaun yang lebih tinggi berbanding jumlah diterima.

“Kita upah badut buat belon masa hari jadi anak pun bayar beribu, ini budak tahfiz, hampir sebulan menabur bakti, sikit ke usaha dia?

“Jangan cakap tentang keikhlasan ke apa, budak tu boleh guna ikhlas buat bayar yuran pengajian dia ke?” tegas Rozaimi.

Sumber: Facebook Rozaimi Kamaruddin

Dua Hafiz Madrasah Hilang Semangat

Sementara itu, Rozaimi yang terkesan dengan kekecewaan dua orang imam itu telah menghubungi mereka untuk memberikan kata semangat.

Ujar seorang ibu kepada salah seorang pelajar terbabit, dia berkata anaknya amat sedih sehinggakan dia terpaksa meminta sedikit sumbangan dari orang lain untuk memulihkan semangat.


Berjaya Kumpul RM5,600 Untuk Salur Kepada Dua Imam Tarawih

Berasa pilu mengenang nasib dilalui, Rozaimi berniat untuk menyalurkan sedikit sumbangan kepada kedua-dua imam Tarawih tersebut. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka niatnya itu disambut baik oleh warganet yang lain di mana rata-rata daripada mereka turut bersedekah.

Menurut Rozaimi, dia telah berjaya mengutip sebanyak RM5,600 secara keseluruhannya buat kedua-dua rakan anak yang terlibat iaitu sebanyak RM2,800 bagi setiap seorang.

Sumber: Facebook Rozaimi Kamaruddin

Dalam pada itu, Rozaimi juga meminta orang ramai untuk menghentikan segala makian dan kritikan kepada surau atau madrasah terlibat selain berharap agar perkara sama tidak berulang pada kemudian hari.

Marilah kita sama-sama mengangkat tinggi apa sahaja berkait dengan agama Islam, bukan semua orang mampu bergelar hafiz. Seorang doktor yang paling hebat pun tak mampu hafal keseluruhan kitab perubatannya. Tetapi seorang hafiz mampu hafal keseluruhan kitab al-Quran tanpa tertinggal walau satu huruf, mampukah kita?

Rozaimi.

Netizen Kecewa Lihat Nasib Dilalui Oleh Kedua-dua Imam Tarawih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kesian kepada kedua-dua budak lelaki yang menjadi imam Tarawih itu.

“Allah…ada ya orang macam itu. Dia ingat senang nak menghafaz al-Quran tu. Suruh orang yang bagi sumbangan tu jadi imam,” kata seorang wanita.

Ada juga yang berkata elaun yang diterima sepatutnya mencecah ribuan ringgit.

“Memang selalu dan selayaknya mendapat ribuan ringgit. Zalim betul pihak pengurusan surau itu. Selalulnya pelajar hafiz ini akan menerima jemputan dari masjid atau surau sekitar. Kadangkala sampai bermalam di sana. Tidak ada lagi yang dibayar macam ini,” jelas seorang netizen.

Malah ada juga individu yang memberikan pandangannya tentang cara-cara mengelakkan perkara sama terjadi pada masa akan datang.

“Senang je nak selesaikan masalah macam ini yang makin banyak berlaku. Lepas ni, jadi imam Tarawih, letak terus harga upah jadi imam sebulan berapa. Biar pihak masjid ikut harga upah yang ditetapkan je senang,” ujar seorang warganet.

Sumber: Facebook Rozaimi Kamaruddin

Baca Artikel Berkaitan: Duit Sumbangan Untuk Imam Tarawih Banyak, Tapi Bendahari Nak Bayar Sikit Sahaja

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.