fbpx
Now Reading
“This Is Why You Shouldn’t Lie” – Kejutan Hari Jadi Tak Menjadi Gara-gara Lelaki Ini Tipu Tarikh Lahirnya [Video]

“This Is Why You Shouldn’t Lie” – Kejutan Hari Jadi Tak Menjadi Gara-gara Lelaki Ini Tipu Tarikh Lahirnya [Video]

Selain kek, turut kelihatan beberapa juadah yang lain telah tersedia di atas meja untuk menyambut hari jadi lelaki berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang tidak suka rakan sekerja mahupun kenalan rapat mengetahui tarikh lahirnya.

Malah, ada juga individu yang tidak gemar menyambut hari jadi atas sebab-sebab tertentu dan memilih untuk membiarkan hari di mana usianya bertambah itu berlalu begitu sahaja.

Pun begitu, menipu tentang tarikh lahir bukanlah sesuatu keputusan yang bijak kerana ia mungkin memberi kesan terhadap pihak yang ingin melakukan kejutan hari jadi (birthday surprise).

Birthday surprise tak menjadi, rupanya kena tipu tarikh lahir

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video sekumpulan pekerja di sebuah syarikat di Singapura kecewa selepas ‘birthday surprise’ yang dilakukan buat rakan lelaki mereka berakhir dengan kegagalan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @intanraihanna, kejutan dan sambutan hari jadi itu tidak menjadi selepas mereka mengetahui bahawa lelaki terbabit sebenarnya telah menipu tentang tarikh lahirnya.

Tetap tak jujur walaupun dah hantar jemputan menerusi kalendar di emel

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Intan, dia dan rakannya telah menghantar jemputan untuk majlis hari jadi tersebut menerusi emel namun lelaki terbabit tetap tidak berkata jujur pada ketika itu.

“Kita dah hantar jemputan menerusi kalender, saya kata saya akan mengingatinya dengan yang lain dan kita hantar jemputan awal. Awak penipu, ini sebab awak tak patut menipu selepas ini,” kata Intan yang hanya mampu ketawa setelah mengetahuinya.

Kek dan makanan lain dah tersedia untuk sambut hari jadi

Selain kek, turut kelihatan beberapa juadah yang lain telah tersedia di atas meja untuk menyambut hari jadi lelaki berkenaan.

Difahamkan, tarikh sebenar hari jadi lelaki berkenaan adalah pada bulan Ogos hadapan dan bukanlah pada bulan Mei.

@intanraihanna

When you throw a surprise birthday celebration for a colleague only to find out he lied about his birth date 🥲

♬ original sound – intanraihanna – intanraihanna

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Malah, ada netizen yang berpendapat lelaki tersebut sepatutnya menyambut dahulu majlis hari jadi yang dibuat untuk dirinya itu sebelum memberitahu tentang perkara sebenar untuk menjaga hati rakan-rakannya.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Terharu Anak Murid Buat Kejutan Raikan Hari Jadi, Siap Pakai Topeng [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.