fbpx
Now Reading
Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan selepas membunyikan hon motosikal itu kemudian merempuh kereta berkenaan sebelum tercampak ke atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kewajipan buat semua pengguna untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya.

Malah pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah menetapkan peraturan serta had kelajuan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Namun masih ada yang berdegil dan tidak mengendahkan peraturan yang diberikan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan sebagainya.

Tular video motosikal rempuh kereta sedang buat pusingan U

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kemalangan yang berlaku di antara sebuah kereta dan juga motosikal sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dipercayai rakaman litar tertutup dari sebuah premis, awalnya kelihatan sebuah kereta dipercayai jenis Toyota Vios yang berada di bahu jalan ingin membuat pusingan U di jalan besar untuk ke arah bertentangan.

Sewaktu kereta itu ingin membelok tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang dan membunyikan honnya.

Sebaik sahaja motosikal itu membunyikan hon, kelihatan ia merempuh kereta yang berada di pertengahan lorong berkenaan.

Penunggang motosikal tercampak ke atas jalan, kereta toyota langgar Wira

Rempuhan yang berlaku di antara motosikal dan kereta berkenaan secara tidak langsung telah menyebabkan penunggang tercampak ke atas jalan.

Kereta Toyota itu bagaimanapun dilihat seperti hilang kawalan sebelum memasuki ke premis berhadapannya dan bertindak melanggar sebuah kereta Proton Wira yang berada di kedai tersebut.

Pelanggaran itu telah menyebabkan kereta Wira berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar individu yang duduk berdekatan tiang di premis tersebut.

Individu itu dilihat seperti tercampak ke belakang sebelum bangun melihat apa yang sedang berlaku.

Pemandu & penumpang segera keluar selepas Wira langgar tiang premis

Sebaik sahaja kereta Wira melanggar tiang tersebut kelihatan pemandu dan juga 3 penumpang termasuk seorang kanak-kanak segera keluar daripada kenderaan tersebut.

Manakala pemandu Toyota tersebut dilihat keluar dari kereta dan pergi ke arah motosikal berkenaan. Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut di manakah lokasi kemalangan itu berlaku.

Video kemalangan undang pelbagai reaksi orang ramai

Melihat di ruangan balas, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Ini kerana ada yang berpendapat motosikal itu ditunggang dalam keadaan laju di kawasan ‘kampung’ sebelum membunyikan hon merempuh kereta berkenaan.

Selain itu, ada juga yang mengatakan motosikal itu sepatutnya memperlahankan kenderaannya sebaik melihat kereta berkenaan dan bukan hanya membunyikan hon.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat kereta tersebut tidak sepatutnya membuat pusingan U di kawasan berkenaan dan perlu membuat pusingan di kawasan yang sepatutnya.

Ini kerana, pusingan yang dibuat di kawasan jalan besar itu dilihat berbahaya memandangkan ia adalah jalan yang aktif.

Di ruang komen juga dipercayai ahli keluarga kepada penunggang motosikal memaklumkan mangsa alami kecederaan patah di bahagian kaki dan tangan.

“Ya Allah, kesiannya rider tu. Sebabkan orang lain dia yang kena. Semoga dipermudahkan segala urusan raider tu”

“Aduh bang jalan kampung bang asala bawa motor laju sangat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.