fbpx
Now Reading
Tular Pemain Dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Serang Pengadil Raih Kecaman Ramai [Video]

Tular Pemain Dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Serang Pengadil Raih Kecaman Ramai [Video]

Perkara terbabit mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kelmarin (22 Mei), tular di media sosial satu video yang menunjukkan kekecohan berlaku semasa perlawanan bola sepak di Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun X @pengadilbola, situasi yang sudah tegang pada ketika itu bertambah buruk selepas salah seorang pemain dari sebuah sekolah di daerah berkenaan didakwa memukul seorang pengadil daripada belakang.

Susulan tindakan pemain terbabit, pengadil berkenaan menjadi berang dan kemudiannya cuba mengejar pelajar itu.

Pemain bola sepak bawah umur serang pengadil, cuba sepak, pukul dan tolak

Kelihatan beberapa pemain daripada pasukan sama kemudiannya cuba menolak, menyepak dan menumbuk pengadil terbabit.

Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di lokasi kejadian berjaya meredakan keadaan dan menenangkan pengadil itu.

Kejadian dapat perhatian KFA, tunggu laporan penuh JPN untuk tindakan lanjut

Memetik Harian Metro, perkara terbabit mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib KFA, Mohd Farhan Ahmad berkata, JPN Kedah sebagai badan penganjur kepada kejohanan itu akan menyerahkan laporan kepada pihaknya sebelum sebarang keputusan diberikan.

“Ini memberi kesedaran kepada kita bahawa generasi muda sekarang sangat mudah menggunakan kekerasan tanpa mempertimbangkan kesan terhadap pasukan.

“Pihak Jawatankuasa Tatatertib KFA akan memastikan keputusan yang akan dibuat adalah adil dan saksama.

“Mohon pihak lain tidak membuat apa-apa spekulasi sebelum keputusan diumum,” katanya.

Netizen pakat kecam tindakan pemain terbabit, kecil-kecil sudah biadap

Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen di dalam perkongsian video berkenaan, rata-rata pengguna X mengecam tindakan para pelajar itu yang cuba memukul pengadil berkenaan dengan lagak ‘gengster’.

Malah, mereka juga menyifatkan pemain-pemain bawah umur terbabit sebagai biadap dan tidak menghormati orang yang lebih tua.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menyalahi ibu bapa para pelajar berkenaan yang terlalu menyebelahi anak sehingga mereka berani bersikap sedemikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.