fbpx
Now Reading
Majlis Kahwin Jadi Tragedi! Lebih 100 Tetamu Maut Akibat Kebakaran Berpunca Dari Percikan Bunga Api [Video]

Majlis Kahwin Jadi Tragedi! Lebih 100 Tetamu Maut Akibat Kebakaran Berpunca Dari Percikan Bunga Api [Video]

Kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Iraq telah menyebabkan 200 tetamu mengalami sesak nafas dan mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/totalrondom/status/1707373646493134924

Hari bahagia bagi pasangan pengantin di Iraq bertukar tragedi apabila majlis perkahwinan mereka telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang tetamu dan lebih 200 individu mengalami kecederaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iraq Saif al-Badr memberitahu rata-rata mangsa yang mengalami sesak nafas dan melecur pada bahagian anggota badan.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Hamdaniyah bagi mendapatkan rawatan.

Pasangan pengantin lelaki bernama Rivan Esho dan isterinya Haneen disahkan selamat, namun mengalami kecederaan.


Percikan Bunga Api Dipercayai Salah Satu Punca Kebakaran

Memetik sumber CNN, Jabatan Pertahanan Awam Iraq memaklumkan majlis perkahwinan yang berlangsung di daerah Hamdaniyah itu dikatakan tidak memenuhi kriteria keselamatan.

Siasatan awal insiden yang berlaku pada 26 September sekitar jam 10:45pm waktu tempatan mendapati percikan bunga api yang dilakukan di kawasan khemah bertutup menjadi punca kebakaran.

Sumber: X (Twitter)

Kebakaran tersebut mengakibatkan beberapa bahagian siling khemah runtuh akibat penggunaan bahan binaan kos rendah serta mudah terbakar.

Bapa kepada pengantin juga telah meminta pemilik dewan tersebut untuk bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak menyediakan sebarang alat keselamatan di dalam khemah terbabit.


Video Ketika Kejadian Tular Di Media Sosial

Rakaman video menerusi ‘drone’ ketika sebelum kejadian berlaku turut tersebar di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @kekhalid) itu, situasi panik mula terjadi selepas percikan bunga api tamat dan secara tiba-tiba siling terbakar dan mulai runtuh sehingga terkena pada para tetamu.’

Selepas menyedari kebakaran yang berlaku, ramai tetamu lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri masing-masing.


Perdana Menteri Iraq Isytihar 3 Hari Berkabung Seluruh Negara Susulan Kejadian Yang Berlaku

Untuk info, Perdana Menteri Iraq Mohammad Shia Al-Sudani telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk segera melakukan siasatan terperinci berhubung kes kebakaran yang meragut nyawa itu.

Kerajaan Iraq dalam masa yang sama turut mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan insiden tersebut.

Sumber: CNN | The Guardian | Washington Post

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.