fbpx
Now Reading
Ini 10 ‘Board Game’ Yang Sesuai Dimainkan Seisi Keluarga Pada Waktu Lapang

Ini 10 ‘Board Game’ Yang Sesuai Dimainkan Seisi Keluarga Pada Waktu Lapang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Haish… bosanlah duduk rumah, asyik main permainan yang sama saja. Alang-alang dah terperap tu, meh kami kongsikan 10 jenis papan permainan yang sesuai untuk bermain seisi keluarga.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh @bangsawankelana di Twitter, dia menunjukkan 10 jenis papan permainan yang semestinya buat korang teruja selain dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

1. Zombie Dice

Kita sebagai zombie, cuba nak kumpul otak sebanyak yang boleh. Zombie paling banyak otak, menang. Cukup 3 kali kena tembak, otak yang kumpul dalam pusingan tu lesap. Kena langgar bas sekolah? Nasiblah kat hang

2. Betrayal at the house of the hill

Kita ni sekumpulan kawan nak pi terjah rumah berhantu. Ada misi yang kita kena buat sampailah salah seorang dari kita bertukar jadi pengkhianat. Tak semua dapat kekal hidup dan keluar dari rumah ni tau. Jeng Jeng Jeng!!

3. Just one

Ni menarik sebab boleh main sampai berpuluh orang sekali jalan. Kita akan pilih satu nombor dan orang lain akan bagi klu yang hampir dengan perkataan dari nombor yang kita pilih tu. Siapa boleh teka apa jawapan untuk klu-klu ni?

4. Saboteur

Kita jadi orang kerdill, masuk gua melombing emas. Salah sorang (rawak) akan cuba sabotaj supaya orang lain tak dapat jalan ke tempat yang ada emas. Nanti dia dapat bolet semua emas tu. Tapi kalau orang dapat tau, mungkin orang takkan kongsi emas dengan dia.

5. Azul

Ada banyak jenis tapi asas sama: peniaga jubin. Kita cuba siapkan ikut reka bentuk yang raja nak. Yang seronoknya, kita nanti ralit tau dengan corak-corak ni sampai kadang terlupa ada mata kita bakal kena potong menyebabkan kalah sipi je.

6. Nak makan apa

Haa. Tu yang dok pening selalu tak tau nak makan apa tu, mai main hat ni. Jaminlah puas bergaduh masa main ni, terus dah tak dak isu nak makan apa dengan husband.

7. Junk art

Okay yang ni sangat meriah, boleh buat roboh rumah tuan hamba. Asalnya kita kena sama-sama bina seni ikut misi yang kita dapat. Tapi boleh jadi juga ada yang letak bentuk pelik-pelik, bagi orang yang lepas dia payah nak sambung bina. Masa tu terserlah laaa perangai masing-masing.

8. Dixit

Sorang bagi klu kad yang dia pilih, orang lain bagi kad yang seakan-akan kl utu. Lepas tu ramai-ramai undi mana satu kad sebenar. Kekejaman berlaku bila ada pakatan yang buat-buat tak faham klu supaya orang lain tak dapat mata. I is dah terkena!

9. Gonuts for donuts

Sapa saja tak suka donut? Kita ramai-ramai berebut donut untuk kumpul mata. Kalau tiba-tiba ada seorang tu baik hati nak kongsi donut dengan kita, JANGAN PERCAYA! Kan mak pesan jangan ambil barang dari orang tak kenal.

10. Sushi Go!

Sama juga, kita berebut sushi untuk dapat mata. Memang takkan ada peluang la nak monopoli sejenis sushi saja. Mesti ada yang nak berebut jugak. Masing-masing dah lama sangat tak keluar makan, ikut SOP PKPB kan.

Ada banyak lagi permainan papan yang menarik. Sebelum ni rajinla boh sini, tapi ni dah makin malas. Korang boleh tengok kat channel kita orang kalau nak tahu lagi banyak.

Support kita orang ‘Main Apa Tu’ tau. Tekan link kat bio.

Bagi korang yang tak tahu nak cari mana permainan-permainan yang menarik, lain dari yang lain macam ni, boleh baca dekat Facebook, ‘Main Apa Tu’.

Tambah lagi, perkongsian ini telah mendapat sebanyak 6,700 retweet dan juga 11,700 tanda suka di akaun Twitter miliknya.

Jadi, selepas ini korang dah tak bosan dah duduk dekat rumah saja. Dari asyik main Monopoly dengan Saidina saja, baik cuba papan permainan yang dikongsikan oleh gadis Twitter @bangsawankelana ini. Mesti syok habis!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.