fbpx
Now Reading
Rai Ulang Tahun Ke-10, Legoland Bakal Perkenalkan Tarikan Luar Biasa Buat Pengunjung

Rai Ulang Tahun Ke-10, Legoland Bakal Perkenalkan Tarikan Luar Biasa Buat Pengunjung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam tak sedar, sudah hampir 10 tahun Legoland Malaysia bertapak di negara kita.

Yang menariknya bersempena dengan ulang tahun ke-10 mereka pada 15 September 2022 ini, Legoland Malaysia di Johor bakal menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan baharu yang menarik untuk para pengunjung dan keluarga mereka.

Sebagai memperingati peristiwa penting itu, LEGOLAND Malaysia Resort juga sedang membina Kek Ulang Tahun LEGO setinggi 12 kaki yang diperbuat daripada lebih 90,000 bata LEGO® DUPLO®.

Direka dengan sentuhan bakat Malaysia, Kek Ulang Tahun akan menampilkan bunga Enggang, Wau, dan Bunga Raya dan akan dipamerkan untuk tetamu mulai 26 Ogos dan seterusnya.

Kelainan baharu yang akan ditawarkan Legoland

#1 Miniland kini akan berbumbung

Foto : Farahin|TRPBM

Kawasan Miniland yang terletak di tengah-tengah taman ini ini banyak menempatkan mercu tanda yang menarik seperti KLCC dan Merlion.

Sebelum ini, binaan ini agak terdedah kepada cuaca hingga menyebabkan kerosakan pada bata Lego selain menimbulkan ketidakselesaan untuk tetamu sekiranya cuaca terlalu panas.

Namun bermula Januari 2023, kawasan ini akan bertutup dengan shaded sekaligus memudahkan para pengunjung berjalan-jalan dengan selesa di bawah shaded dengan kipas penyejuk sambil mencuci mata melihat mercu tanda ikonik yang dibina menggunakan LEGO.

#2 Bilik Hotel Legoland dengan wajah baru

Foto : Legoland

Buat masa ini, Legoland mempunyai 4 bilik bertema iaitu Pirate, Kingdom, Adventure dan Ninjago, masing-masing dengan tema tersendiri dan permainan tersembunyi.

Namun bermula suku 2023, kesemua bilik ini akan tampil dengan wajah baharu. Mesti menarik bukan?

#3 Splash Carnival

Buat anda yang tidak tahu, Legoland Malaysia mempunyai tiga jenis taman iaitu Taman Tema Utama Legoland, Water Park dan Sealife.

Kebiasaannya, sebarang festival dan acara bertema akan diadakan di taman tema utama Legoland, tetapi ini adalah kali pertama Water Park itu mendapat acara sendiri: Karnival Splash.

Bermula pertengahan 2023, Splash Carnival yang pertama akan menanti para pengunjung!.

#4 Movie 4D yang baharu di Lego Studio

Legoland juga akan mempunyai filem 4D serba baharu untuk ditonton oleh peminat secara eksklusif di Lego Studio. Setiap tahun, Legoland menyasarkan untuk menyediakan filem khas untuk ditonton dalam 4D di pawagam khas mereka.

Tidak seperti menonton filem Lego di pawagam biasa, filem yang ditayangkan di Lego Studio dihasilkan khas untuk pawagam 4D. Ia dijangka siap sepenuhnya pada mereka untuk tontonan mendalam yang maksimum, yang akan siap sekitar suku ketiga (Q3) 2023.

Sudah tentu apa yang kami senaraikan ini hanyalah sebahagian dari beberapa tarikan baharu yang paling menarik untuk dinantikan. 

Legoland juga telah memberi jaminan kepada kami bahawa mereka akan terus menganjurkan acara perayaan tahunan berskala besar untuk meraikan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, serta perayaan khas Legoland mereka sendiri seperti festival Build The Thrills dan Friendship Fest.

“Pelaburan dan penambahbaikan ini adalah selaras dengan keutamaan strategik kami untuk menarik kunjungan baharu dan berulang daripada pelancong domestik dan antarabangsa ke Legoland Malaysia Resort. Kami optimistik tentang pemulihan industri dan menyokong penuh rancangan menggiatkan semula pelancongan yang dibangunkan oleh kerajaan bersama kami. “

Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim.

Baca artikel berkaitan : Terokai LEGOLAND Malaysia Resort Bersama Team TRP Selama 3 Hari 2 Malam

Bukan itu sahaja, tetamu juga akan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai promosi, diskaun, cabutan bertuah dan banyak aktiviti lain di seluruh taman.

Legoland tawar diskaun tiket, kemasukan percuma untuk kanak-kanak yang sambung ulang tahun kelahiran

Bersempa sambutan hari lahir mereka, mereka juga akan memperkenalkan beberapa tawaran eksklusif yang berbaloi untuk pengunjung.

Sebagai contoh, kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah akan mendapat kemasukan percuma pada minggu hari lahir mereka, walaubagaimanapun orang dewasa yang menemani mereka perlulah membeli tiket taman Double atau Triple.

Orang dewasa juga tidak terkecuali di mana Faedah Triple Park Annual Pass akan diberikan dan mereka yang mempunyai pas tahunan boleh memberikan rakan mereka diskaun 50% untuk tiket sehingga 31 Ogos 2022.

Sebenarnya terdapat banyak lagi diskaun dan tawaran yang tersedia (ia tidak sesuai dalam artikel) yang boleh anda ketahui di laman web Legoland di sini atau menerusi laman Facebook dan Instagram mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.