fbpx
Now Reading
Ini 5 Jenis Makanan Berzat Yang Boleh Diambil Untuk Ibu Menyusu

Ini 5 Jenis Makanan Berzat Yang Boleh Diambil Untuk Ibu Menyusu

Antara makanan yang bagus untuk diamalkan ibu menyusu adalah beras perang dan juga minum air yang cukup.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang pertama kali bergelar ibu perlu mempelajari pelbagai perkara tentang si kecil.

Bukan hanya tingkah laku tetapi ia turut meliputi dari aspek perkembangan bayi, kesihatan termasuklah pengetahuan tentang penyusuan.

Ini kerana, si ibu pasti inginkan anaknya mendapatkan susu yang berkualiti serta kaya dengan nutrisi yang penting.

Namun adakalanya mereka turut dibelenggu dengan masalah seperti jumlah pengeluaran susu yang sedikit, adakah susu yang dihasilkan cukup dengan zat diperlukan bayi serta banyak lagi.

Perkara ini secara tidak langsung telah membuatkan segelintir ibu yang menyusu tertekan sehingga ada yang menangis dan mula ingin berputus asa.

Usah bimbang kepada para ibu di luar sana, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk memastikan anda menghasilkan susu yang berkualiti buat si manja iaitu dengan amalan pemakanan sihat.

Pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin dapat membantu anda menghasilkan susu yang berkualiti kerana zat dari makanan itu akan disalurkan kepada bayi menerusi proses penyusuan.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda 5 jenis makanan yang bagus untuk ibu menyusu.

#1 Beras perang

Foto: Pexels

Jika sebelum ini anda menggunakan beras biasa cuba bertukar kepada beras perang.

Ini kerana beras perang adalah karbohidrat kompleks yang boleh merangsang rembesan prolaktin iaitu hormon yang akan menghasilkan susu.

Selain membantu dalam menghasilkan susu, menurut Hello Doktor beras perang tinggi dengan kandungan vitamin dan mineral. Malah beras perang ini juga sesuai buat mereka yang mungkin sedang dalam proses diet kerana mempunyai serat yang banyak.

Serat yang banyak boleh membantu anda untuk berasa kenyang bagi tempoh yang lama.

Yelah semasa mengandung berat badan akan bertambah, jadi selepas proses bersalinlah ibu-ibu akan berhempas pulas untuk mendapatkan semula berat idaman mereka.

Namun ia mungkin mempunyai rasa yang kurang sedap seperti nasi biasa.

#2 Bayam & lobak merah

Sayur yang berwarna hijau mempunyai nutrisi yang baik seperti kalsium, zat besi, vitamin K, A dan juga folat atau turut dikenali sebagai asid folik.

Asid folik merupakan salah satu mineral yang sangat penting buat ibu yang sedang mengandung dan ia juga adalah salah satu nutrien makanan buat mereka yang menyusukan bayi.

Oleh itu, sayuran hijau gelap contohnya seperti bayam dapat meningkatkan kesihatan tisu payudara serta membantu proses laktasi kerana ia juga mengandungi phytoestrogens.

Foto: Pexels

Selain itu, antara sayur lain yang boleh diamalkan adalah lobak merah kerana sama seperti bayam ia juga turut mempunyai phytoestrogens serta kaya dengan beta-karoten dan vitamin A.

Kesemua khasiat itu adalah sangat baik untuk laktasi. Lobak merah juga dipercayai dapat memberikan tenaga tambahan yang diperlukan untuk meningkatkan proses pengeluaran susu badan.

#3 Betik

Sekiranya anda bukan peminat sayur-sayuran anda juga boleh mengamalkan buah-buah sebagai contoh betik.

Ingat ya ibu-ibu! Buah betik sangat bagus terutama dalam membantu si ibu untuk memperbanyakan lagi pengeluaran susu badan.

Malah menurut Hello Doktor, orang di zaman dahulu turut menggunakan betik muda di dalam masakan untuk dihidangkan kepada ibu yang berpantang.

#4 Oatmeal

Apabila menyusukan bayi matlamat ibu tidak hanya menghasilkan susu berkualiti tetapi juga pengeluaran yang banyak agar dapat dibekalkan mengikut demand si comel.

Oleh itu, oatmeal merupakan antara makanan yang dapat membantu meningkatkan jumlah pengeluaran susu kerana ia berfungsi mengeluarkan oksitoksin.

Malah manfaat oatmeal ini juga telah diketahui oleh segelintir ibu yang menyusukan bayi.

Sebagai cadangan untuk meningkatkan selera anda cuba campurkan oatmeal dengan buah kegemaran.

#5 Air yang cukup

Foto: Pexels

Seperti yang diketahui semua, air merupakan sumber yang sangat penting kepada badan.

Malah badan yang kekurangan air bagi ibu menyusu juga boleh menganggu pengeluaran produksi susu.

Ibu menyusu juga dinasihatkan untuk minum air kosong secukupnya dan kurangkan pengambilan kafein secara berlebih kerana ia akan mengganggu tidur bayi.

Apa yang paling penting, cuba untuk elakkan diri daripada tertekan dan dapatkan sokongan dari suami, ahli keluarga, rakan dan juga pakar perubatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.